RSS

Persiapan?

Banyak lagi harus ku fikir dan ku buat. Sebab aku harus memikirkan persiapan kedua2 majlisku yang tarikh nya cuma selang 4, 5 bulan. (walaupon 5 bulan itu macam lama tp hakikat nya ia sekejap cuma bg ku)



Persiapan pertunangan setakat ini (10.01.10) :-


  1. Hantaran daripada Amir kepada Laila - DONE

  2. Hantaran daripada Laila kepada Amir -IN PROGRESS

  3. Majlis makan2 di rumah Laila - IN PROGRESS

  4. Baju pertunangan Laila - IN PROGRESS

  5. Tiket kapal terbang Laila balik ke KK (pergi-balik) - DONE

  6. Tiket kapal terbang Amir dan Keluarga Amir ke KK (pergi-balik) - DONE

  7. Penginapan hotel keluarga Amir - DONE

  8. Pengangkutan keluarga Amir di KK - DONE


Persiapan perkahwinan untuk kenduri 1 setakat ini (13.06.10) :-



  1. Tiket kapal terbang Amir dan keluarga Amir ke KK - DONE

  2. Tiket kapal terbang Laila ke KK - DONE

  3. Penginapan keluarga Amir di KK - NOT STARTED

  4. Pengangkutan keluarga Amir di KK - NOT STARTED

  5. Tempahan Kad undangan perkahwinan - IN PROGRESS

  6. Souvenir/door gift jemputan undangan - NOT STARTED

  7. Hantaran daripada Amir kepada Laila - IN PROGRESS

  8. Hantaran daripada Laila kepada Amir - IN PROGRESS

  9. Sepersalinan baju nikah untuk Laila dan Amir - NOT STARTED

  10. Majlis makan2 untuk hari kenduri- katering, dewan, PA System, etc.. - NOT STARTED

  11. Pelamin dan sepasang baju sanding, aksesori, make up, etc.. - NOT STARTED

  12. Baju tema keluarga pengantin lelaki dan perempuan - NOT STARTED

  13. Photography 3 sesi - majlis nikah, sanding dan outdoor (1 hari) - NOT STARTED


Persiapan untuk perkahwinan untuk kenduri 2 setakat ini (11.07.10) :-



  1. Tiket kapal terbang keluarga Laila ke Penang - DONE

  2. Penginapan keluarga Laila di Penang - NOT STARTED

  3. Pengangkutan keluarga Laila di Penang - NOT STARTED

  4. Majlis di rumah Amir? Amir kena update here ;)


Overall for the engangement preparation - everything is almost done, Alhamdullillah. cuma tinggal tunggu hari saja ;)


Overall for the wedding preparation - Masih dalam process servey2, masuk tahun baru karang baru start confirm dengan byar deposit untuk semua list item (Kad undangan jemputan dah pilih dan byar deposit smalam, mungkinkah terlalu awal? hehe )



Tarikh Keramat ku

Di mulakan dengan Bismillah.. Moga Allah mempermudahkan segala jalan dan di perkuatkan iman hendak nya.
Semenjak dua menjak ni kerja memang tersangat la padat, sehingga nak surf blog pon punya la susah. hurm, so hari ini aku nak mulakan dengan tarikh2 penting =)
Lepas perbincangan dari pihak keluarga amir dan aku so kata putus tarikh untuk pertunangan dan pernikahan dah pon di buat. Alhamdullilah, semua berjalan dengan lancar.. berikut adalah tarikh2 keramat yang aku nak announce:-

Tarikh Pertunangan : 10.01.2010
Tempat : Rumah kediaman Laila, KK Sabah

Tarikh Nikah dan kenduri 1: 13.06.2010
Tempat : KK Sabah

Tarikh Kenduri 2 : 11.07.2010
Tempat : Rumah kediaman Amir, Tasek Gelugor, Penang.

Sekian sahaja pengumuman tarikh2 penting ini. hehe. So sekarang persiapan sikit2 perlu dibuat menjelang hari besar kami.

14.11.09

i will never forget the moment for my entire life =)

Amir mmg betul2 wat suprise kat aku (suka sgt!)..dia kata-"pakai baju formal esok kita pg dinner yer".. aku pon punya la main susah match kan baju formal..takkan aku nk pakai baju office kot.. so aku padankan baju lace itam yg penuh labuci kat dada dengan sluar office yg lebar aku tu, tudung pakai selendang itam.. dan hasil nya, tidak la mengecewakan..hehe. Semalam dengan hujan renyai2 Amir tiba tepat pada masanya, pukul 8.15. ya, mmg di akui dia mmg perancang yang baik.. :x aku mmemang dah tak sabar nak tahu ke mana dia nak bwa aku, masuk ampang dan drive masuk lagi hingga ke hujung smpai ke kawasan2 sunyi, cuma nampak rumah2 banglo sekitar nya.. at the end kami smpai tempat di tuju- the tamarind spring restaurant - http://www.tamarindrestaurants.com/
dan aku di maklumkan amir;ni adalah the best restaurant in malaysia pd thun 2008.

Menu pada malam itu; aku pon tak igt nama popular nya, tp yg aku tahu ada ikan, sotong, daging, dan sup ketam.. makan mmg sedap tak igt dunia.. sumpah aku mmg kenyang gila.. haha. Amir pon sama. Abes menu utama kami, Amir kemudian pasang lilin kek tuk aku, dan yg manis nya.. pelanggan2 mat saleh kat sekiling tepuk tangan and ucap congrates kat aku.. heheee.. aku dan amir dan tersipu2 malu. Service layanan kat restaurant ni mmg high class hotel 5 bintang (as what i can see) dan masakan pon sedap especially daging, pergh..isi empuk, manis dan sedap. Thks hunny for the dinner!


chocolate indulgence -nyummy!



masakan enak2 belaka sesuai dgn harganya..haha.



shrimp - rm38 bbq beef - rm37
sumpah. ini first time aku mkn benda mahal mcm ni (tidak termasuk company dinner/lunch/mkn2 event)


sup ketam and asparagus - rm17 semangkuk


nama masakan lupa, tp mmg sedap dan empuk serta manis isi nya- rm89



my dear



setelah penat menghabiskan hidangan.




ohh..sgt gembira dan bahagia!


thks dear =)


aku sangat la terharu dengan suprise ni.. and aku berpikir, kalau amir just bawa aku pg kedai mamak jer? macam ni ker terharu aku? wu..aku kena muhasabah diri..jgn terlalu materialistik laila! kasih syg bukan boleh ditunjukkan dengan brg2 mahal jer..kan kan.. Amir dear, thks for the momento =)

Makan2 d rumah Fariza Syuhadah a.k.a Peja2

1st of all, credit to Jian for the pics (i always forgot to bring my camera,huhu) and many thks to peja invited us to her makan2 raya at her house apartment Intana, repeat again apartment intana peja, not istana. hiuh.. we almost sesat to find your address. hehe.





i supposedly upload this story before it began basi, but nevermind.. it depicts that i am very appeaciated the memory with you all guys:) love you all my ex-housemate.hehe.





me, emi, peja and aiza tinggi:p




menu utama hari tu sangat banyak - nasi tomato, bihun sup and nasi impit mkn ngan kuah kaler ijau (ape ntah nm dia aiza? aku lupa), lain2 ada kek manggo, kuih2 muih and buah2an. aku mkn 3 round. hehehe.




peja comel yg sibuk melayan tetamu


me, emi and aiza. i like the house theme color, very attractive :) well done peja!




Rombongan kami + peja dan suami. thks ya peja, semoga gembira selalu bersama suami terchenta! :)



cerita aku

kerja semakin menimbun, kalo crite pasal kerja mmg tak pernah nak abes. hal2 kahwin skg dalam process, almaklumlah keluarga jauh2, so sesi meeting cuma melalui telefon saja la. InsyaAllah kalo semua dah tak ada halangan nati bole la anounce tarikh2 keramat tu.. hehe.
Persediaan dah prepare sikit-sikit, tanak terkejut la katakan.. so kalo sikit2 tak lah terasa sangat.. Minggu lepas dah hantar kain ke butik, insyaAllah siap dalam 26 November 09, so kena prepare la bayar upah jahit.. Banyak sangat nak kena pikir kan, tapi kalo kita prepare awal2 mudahan semua nya berjalan lancar.

Cerita tentang hantaran.. sabtu lepas aku and Amir berjalan-jalan d Semua House, sangat seronok sebab Amir sangat la supportive, apa tidak nya sebab aku decide nak wat sendrik gubahan hantaran aku.. aku dah survey banyak tempat dah, gubahan hantaran package sewa rata2 5 Dulang = average RM500. ha???? gila apa satu dulang RM 100??? aku naik bengang rasanya.. kalo macam ni baik aku keje buat hantaran jer.. sometimes pikir dorang ni tak relevan, tak berpatutan betul dorang buat mcam tu.. (menggeleng2 kepala) so aku pon kuat kan ati nak gubah sendrik hantaran, so pencarian kat semua house tidak sia2, setelah compare2 harga d beberapa buah kedai aku pon berjaya memilih bahan2..hehe.. and balik jer rumah aku trus buat project, apa lagi.. buat la satu sample hantaran.. ha, comment la sket aku pyer hantaran ;) wink2~

Bahan2 gubahan yg di beli.


tara~ dah siap satu dah :) comment please..


di sebabkan akurasa terlalu awal nak siapkan sume nya (7 dulang, then aku pon simpan balik sume peralatan and bahan2 tu masuk kotak..and aku pk nati seminggu nak majlis baru aku gubah sume..hehe. Ini tuk test jer :p

Mungkin Nanti,

Umur sudah pun 23 (bulan Nov ni 24),hehe. Semakin banyak komitmen yang harus di fikir, aku jadi pening.haha. bajet kahwin, tukar kereta, rumah.. memang memerlukan perbelanjaan yang sangat banyak. Hari ini aku pertama kali aku membeli majalah pengantin. Dulu masa Kak Sheera (ex-Room mate aku) beli majalah tu aku tak baca pon jenis2 majalah macam tu, tiba2 hari ni aku terbeli sebab aku tak tahu nak mula daripada mana.haha. ya la, tak ada tempat rujukan kakak dan abang. Maklum lah, anak sulung. Aku Cuma nak perkahwinan sederhana, dengan bajet sederhana tapi nampak comel. Tak mengapalah kalau tak nampak mewah, tapi yang penting nampak simple and sweet ;)

Majalah yang aku baru beli ni memang memuaskan hati, semua yang aku harapkan ada panduan dan petua untuk orang2 yang lost macam aku. Even check list pun dia ada sediakan sebagai panduan. Sebenarnya aku memang ada buku wedding planner sendiri, hehe. Sebelum ni aku Cuma senarai pendek barang2 hantaran yang perlu ada dan perlu di beli. Dalam buku wedding planner aku ni dah bermacam aku conteng, buku ini di ibaratkan coretan impian aku.haha. apa tidak nya, even design interior rumah aku pon ada dalam tu ;)

Hari ini,

Ramadhan sudah kembali, rasa baru sahaja ramadhan lepas ku rasa. Cepatnya masa berlalu kan? Weekend baru ni aku dan Amir pergi ke pusat membeli belah terkenal Sogo, hik2. memang sangat menguji kesabaran shopping masa puasa. Amir teman kan aku 3 jam untuk mencari kasut dan dia berusaha merekemen pelbagai kasut kepada aku tetapi seperti biasa, aku balik tanpa membeli apa2. Kesian Amir, semua kasut yang dia berkenan aku tak berkenan, dan yang paling peliknya, punya la banyak gila kasut dalam sogo tu satu pon aku tak suka? Aku rasa aku bermasalah! Kalau macam ni baik aku bukak kilang kasut, aku bole design kasut aku sendiri, baru puas hati,hehe.

Minggu weekend tu jugak kami pergi ke garaj kereta, saja tengok2 Amir kata. Disebab kan kereta aku kereta proton tempatan, kami cuba usha2 dan intai kereta2 import. Dan satu pilihan Amir adalah Ford Focus. Sebenarnya aku sendiri kagum bila masuk ke dalam kereta, kereta auto yang bole tukar jadi manual, air cond di tempat duduk penumpang belakang, design interior ala BMW (kata penjual keta la), aku pon tak tau mcm mana nak describe. Yang pasti Amir memang balik angau dengan kereta tu.haha. sebenarnya aku pon sangat suka kereta tu, tapi memandangkan priority sekarang adalah kahwin, so aku cuba pujuk dia. Dan Alhamdullilah, dia bagi response positive. Mungkin insyaAllah lepas kahwin ada rezeki kami boleh miliki kereta idaman dia ;) dan aku nak mention kat sini juga, aku sangat sayang kat kereta BLM aku! Wa… jangan pisahkan aku dan kereta ku~ hehe.





Hari ini aku dan amir berbuka puasa di area Flat Langkawi 2. Seperti selalu kami menjelajah dahulu ke bazaar Ramadhan untuk membeli sedikit kuih muih. Menu hari ini adalah; Martabak (aku rindukan martabak jawa sabah!), ikan kari, daging masak merah, sayur ubi, kepak ayam panggang.. memang sangat kenyang, aku makan sekali untuk sahur, hik2.. so aku bangun sahur esok pagi bancuh milo jer, insyaAllah bole tahan sampai petang. Layan gambar2 sebelum buka puasa~