RSS

Diari Rumah - Impian jadi kenyataan.. Alhamdullilah.

Entry kali ini aku dah create lama dulu, tapi baru kali ini aku publishkan.. nak kongsi kegembiraan dan kebahagian ni ngan semua, rasanya aku nak menjerit kesukaan tapi aku kena lah behave myself dan kwal diri ini... syukur Alhamdullilah ke hadratNya kerana memudahkan urusan; menguatkan dan mengental kan hati kami.. untuk Fabula house - Bandar Tasik Puteri :)


21/11/09 Sabtu - Pada hari itu, aku dan Amir pergi ke pameran perumahan dan hartanah - Mid Valley, tak terfikir langsung membeli rumah.. tapi kami hanya nak menambah kan pengetahuan dlm bidang2 tanah ni..




Mula penjelajahan 3.30PM.


Kami menjelajah ke semua booth yg ada di sana. target kami adalah rumah area bangi dan kajang (arah utara). relevan nya adalah kami tak nak terperangkap dalam kesesakan jalan raya tuk pergi ke pejabat. Bukan kata hampir semua tapi semua rumah2 area kajang hanya ada rumah2 banglo yang berharga setengah juta. Oh..mmg mengecewakan. Then kami survey plak rumah2 lain yang dalam kemampuan, dan hasilnya kami short listed kan ada 3 rumah yang menarik dan relevan dengan harganya. Senarai di bawah adalah comparison ringkas terhadap rumah2 shortlisted kami=)



1. Rumah teres 2 tingkat - Project SPNB area Pelabuhan Kelang
2. Apartment Batu Caves, Gombak
3. Rumah teres 2 tingkat - Bandar Tasik Puteri - Rawang



Dengan perbincangan singkat bersama Amir kami decide nak pilih Rawang and berjanji dengan Jessie (agent perumahan tu) tuk berjumpa esok nya di Bandar Tasik Puteri (BTP) tuk melihat sendri rumah.

Penjelajahan Tamat pd pukul 7.30 pm.


Dan ke-esok hari nya kami pon ke kawasan berkenaan. Kami mengukur masa dan jarak daripada Tmn Melati ke BTP. Perjalan mengambil masa lebih kurang sejam setengah dan beza jarak adalah 50KM. Perasaan aku ketika itu? Masih dlam keadaan suka2. hehe.Sampai di office kami di smbut ramah oleh jessie, dia mmg banyak cakap. eheh. Borak2 pasal rumah dan kami pon di bawa ke rumah sebenar, bukan rumah showroom yang dah dekorate2 tu tau.. tapi betul2 rumah yg dah siap tapi kosong. Ada dua jenis rumah yang kami suka daripada pamplet iaitu Fabula dan Ivory. Aku mmg suka gila kat design luaran Ivory- dari luar mmg nampak macam rumah mewah. tapi bila masuk ke dalam- tak seperti Fabula. Walaupon Fabula nampak mcm rumah teres dua tingkat yg biasa, tapi keluasan dalam nya membuat hati truja..hehe. Kat sini aku kepilkan beberapa gambar sebenar rumah2 tersebut.


Ivory


Fabula


Aku dan Amir mmg sgt teruja. Dan kami pon memberikan bayaran booking rumah kepada Jessie disbb kan kami adalah waiting list ke- 5 untuk Fabula sbyk RM100. Malam itu aku mmg tak lena tidur, hehe.. macam tak percaya pon ada.. aku pon tak menyangka kami membuat keputusan sesingkat ini. he.



24/11/09 Rabu - Hari itu aku balik dari office awal atas permintaan Amir, modus operandi nya? Sebab aku and amir nak booking rumah and hantar document2 yg diperlukan tuk beli rumah.. Dalam perjalanan ke carefour (tmpt janji kami ngan agent rumah), amir dah kol2 aku 2 3 kali, tuk memastikan aku tidak lewat smpai.. sesampai aku di sana kami sign surat permohonan loan; dalam 9 pages mcm tu.. selesai itu bayar RM900 tuk cukup kan RM1000 tuk application loan. masa tu rasa teruja sangat.. tak percaya kami serius dalam hal ini, ini bukan hal rm1k, rm2k.. tapi beratus2 ribu.. ohh.. seyes masa tu berdoa mudahan2 application kami tkder masalah. Picture bawah ni tanah lot yang kami apply - Lot 46 Jalan 3/35 :)



08/12/09 Selasa - Amir kol aku and kata ada berita gembira.. guess what? kami dapat rumah tu!!! wahahaha.. masa tu aku la org plg gembira di dunia, igt lagi perasaan masa tu.. :D tapi itu adalah permulaan nya.. lepas kami kira2 semua loan dari bank and brapa deposit kami kena bagi, kami jadi goyah. lebih kurang rm20k.. huhu, byk tu.. so Amir cadang tgk and survey2 dulu rumah area lain; selayang, batu caves, setapak, cheras, bangi, kajang.. aku setuju dan kami plan ujung mgu tu pg menjelajah rumah2.



27/12/09 Sabtu - Lepas buat research kat tenet rumah2 yang nak di jual, kami pon mula kan penjelajahan, walupon sibuk dengan kerja di pejabat dan persiapan tunang, kami tetap kan juga niat tuk survey rumah2 area lain. Letih jgn cakap, ari sabtu tu kami cari rumah area bandar baru bangi and kajang, ada rumah yg suka tapi harga plak tak suka, ada harga suka tapi rumah plak tak suka..huhu. pencarian hari itu agak menghampakan, ke esok hari nya kami menjelajah ke area selayang and batu caves, rumah condo 2 bilik pon paling koman rm200k, huhu.. ini buatkan kami tetap angau kat fabula house! cari punya cari kami jumpa kondo yang murah - rm130K. 2 bilik jugak tapi keluasan 1012sqfit, so kira berbaloi jugak, sbb luas kan.. masa itu kami pon berbelah bagi... amir kata better amek cheras daripada hari2 kena travel kat rawang.. wuwu, aku plak mmg susah nak lepas kan rumah fabula tu.. cinta pandang pertama la katakan.. hehe. Banyak kelebihan sebenarnya kondo cheras tu, tuk pengetahuan jarak dari kondo tu pg bukit bintang 5KM jer! mmg sangat dekat ngan KL. Tapi ntah ler, aku just tk suka environment kat sana.. Plus kondo kat cheras tu, bila kira2 balik deposit lebih kurang sama dengan rumah kat rawang.. huuu.. so kami dah kira tolak duit simpanan, boleh la cukup2 simpanan byar deposit..


Malam itu kami kena decide nak amek rumah rawang ker tak.. sbb developer dah push hari2 status kami.. mmg tertekan sangat kala itu, tuhan jer la tahu.. at the end, kami pon bulat kan hati.. tuk ambil rumah tu!!!! hehe.. alhamdullilah.. so skg offer letter dari bank dah kuar and kami pon accept sume. Bank and pemaju kata dalam tempoh 3 bulan dapat kunci lepas bank dah settle ngan pemaju.



02/01/10 Sabtu - Semalam kami pg Bandar Tasik Puteri lagi.. hehe, melawat rumah kami ;p Amir trus jumpa ngan orang welding tu.. minta dia wat draft quatation tuk grill satu rumah.. sangat excited :D layan gambar2 kami yg sgt excited!

Gerbang Depan Bandar Tasik Puteri





depan rumah kami! :)



Living Room



Living Room dari tangga




Tanah kat blakang rumah



Amir orang yang paling teruja!




aku sangat suka :)



:)



Antara kemudahan yang ada.



Alhamdullilah, syukur pada Allah yang maha memberi.. mudahan perjalanan hidup diberkati dan di rahmati, Amin.. Tahun 2010 ni tahun cabaran bermula, akan bertunang mgu dpan dan akan berkahwin bulan 6 ni.. beli rumah, stabil kan kerja, dan kena kerja lagi tekun dan kuat.. Lillahi Taala.. mudahan niat aku ni tak lari.. Kepada rumah ku Fabula bernombor 46, nanti kan kehadiran kami!!! hehehe..

aku femes kejap

Ok, ni share pasal newsletter company aku. aku masuk newsletter december punya. kiki. saja nak letak dalam ni sbgai kenangan, kalo dlm inbox email mmg berabuk;p


oh. mmg takder idea jawab soklan, hehe. tp i do my best to answer all the question :)




hunting2 d nilai

Cari cadar and langsir jauh nun di nilai.









sgt penat!





harga cermin sume murah2 - ok, nati pas kawen beli brg2 umah kat sini :)



naseb bek amir ada; tkhs dear!

kelip2

Cerita aidil adha dulu tapi baru masukkan dlm blog. suka tgk view pantai - ku rindu pantai putatan!!



isma yang comel; pandai gila dia posing.hehe.

counting the day

Hari ini cerita pasal persiapan tunang yang dah siap. yeay!

kaler pink hantaran aku tuk amir.


kaler kuning hantaran amir tuk aku :)

walaupon byk kekurangan, tp success! alhamdullilah.
cadar and langsir dah ready. malam smpai KK aku kena siapkan hiasan bilik plak :)
fotografi dah konfem, harap2 hasil dia memuaskan ati..keh3.

oh. aku rasa nak sakit.

Pejam Celik dah 01 December. Ari tu aku rasa majlis Bertunang aku lama lagi.Aduh, skg ni rasa tak sempat plak. So apa perlu aku wat skg? So aku aku repeat semula entry persiapan Tunang. Dan, aku tak plan langsung aku nak hias bilik, sbb aku igt aku nak kuar, tapi mgikut adat, tunangan perempuan kena duduk dalam bilik tak boleh bagi Kaum adam tgk.. itu relevan nya kat sana. Erm, so very last minute aku decide hias bilik.. hias bilik?? oh no... mkn byk budget jugak tu :(

- Hantaran Laila Kepada Amir : Barang2 dah complete, belum start Deco - IN PROGRESS
- Hantaran Amir kepada Laila : Barang2 dah complete, Belum start Deco - IN PROGRESS
- Baju bertunang : Baju dah siap, tapi belum ambil kat butik lagi dan try - IN PROGRESS
- Makanan Kenduri : Ummi settle kan - DONE
- Hiasan Bilik : Remote work from KL-KK - IN PROGRESS
- Fotografi freelance : Belum confirm lagi - IN PROGRESS
- Penginapan Amir dan keluarga - DONE
- Pengangkutan Amir dan keluarga - DONE
- Tiket penerbangan (return) Amir dan keluarga - DONE


Dan ini Jadual sepanjang December sebelum majlis berlangsung.

Hujung mgu pertama Dec
5 Dec 09

- Ambil Baju Tunang kat Era Butik
- Testing Baju Tunang (Harap ok so tak payah bg balik alter)
- Selepas amek baju pg kedai bunga kat Plaza Idaman beli bunga biru tuk hantaran Amir.
- Ambil playar kat tempat Amir tuk potong bunga


6 Dec 09
- Mula bekerja siapkan hantaran Laila kepada Amir
- Tgkap gmbar pemprocessan dan hasil hantaran dan send kepada ipa untuk di komen.


Hujung mgu kedua Dec
12 Dec 09
- Amek ukuran bilik kat sabah (itu akan di lakukan oleh ipa)
- Beli kain ela untuk bidai kepala katil.
- Cari cadar putih satin di carefour Ampang. (aku nampak ari tu dia jual lelong RM50! )
- Beli tudung di Ariani yg match dengan baju tunang


13 Dec 09

- Sambung kerja2 hantaran (aku percaya sehari tak cukup tuk siapkan semua sebab on the same day mesti la aku kena masak, kemas rumah, etc..)
- Mula bekerja siapkan hantaran Laila kepada Amir
- Tgkap gmbar pemprocessan dan hasil hantaran dan send kepada ipa untuk di komen.


Hujung mgu ketiga Dec
19 Dec 09
- Demo Hiasan bilik kat bilik sewa aku (naseb bek bilik sewa pakai katil king)
- Tangkap gambar dan tunjuk kepada ipa.
- Ipa kena pasang langsir kuning ke kriman kat bilik sabah.
- Ipa kena kemas bilik.

20 Dec 09
- Mula kan kerja2 penyiapan hantaran Amir kepada Laila
- Tgkap gmbar pemprocessan dan hasil hantaran dan send kepada Amir untuk di komen.


Hujung mgu ke-empat Dec
26 Dec 09
- Demo make up kat rumah
- Tgkap gambar tuk melihat hasil nya
- Confirm Bayaran deposit tuk Fotogrpher sambilan yg ipa rekemen.

27 Dec 09
- Mula kan kerja2 penyiapan hantaran Amir kepada Laila (sambung dari mgu lepas)
- Tgkap gmbar pemprocessan dan hasil hantaran dan send kepada Amir untuk di komen.


Hujung mgu pertama Jan (3 Jan 10 & 4 Jan 10)
- Packing Barang hantaran masuk Kotak
- Packing Persalinan baju, aksesori, makeup dalam beg
- Siapkan semua baju2 yg perlu di KK dan list down perkara aku kena settle kat KK (ini satu list lagi aku kena wat!)

Oh. Masa sgt tight. Tak bole drag dah. Mudahan semua ok. Amin

Petang Khamis yang penat. =|

oh. sakit kpala. Design documentation sume dah siap, has been go through to the review session puluh2 kali.. tinggal bossess nak sign off jer. Yesterday Justin just got 1 sign..ya, thats a winning for us to get the sign from the AGM, GM, etc.. And this afternoon we hunting again the bossess to get the sign off. Today me and Justin berjaya dapatkan hampir sume sign boss, kecuali 3 orang. That one; kami akan usahakan pd hari isnin depan..insyaAllah. Semua tu perancangan jer kan, tapi hanya Dia yg tentukan..
So skg aku packing nak balik, amek adik aku kat hostel and pg putrajaya.. this raya haji we are going beraya here with my aunty.. :D
Selamat Hari Raya Haji semua!