RSS

Hot Ballon Fiesta~shiu di awan biru

Untuk tatapan Aiza yang tak sempat2 lagi tgk gambar aku kat Hot Ballon Fiesta 09... kat sini aku uploadkan gambar2 yer ;) Untuk pengetahuan, aku menang tiket Hot Ballon ni ikut satu kuiz kat Tv9, hehe.. Jawapan Kuiz tu actually Amir (my ehem2)yang bagi (kena mention coz skg ni ramai sgt dah nama amir yang aku kenal..ohhh) ..dan aku just hantar jawapan dan menang..sungguh baik hati mu kasih walaupun dikau sedikit jeles tapi tk mengapalah kan.. yang penting hadiah tu tetap jatuh kat orang di kasihi..hihi..







The amazing ballon.. byk gler bentuk2 belon yang chumil!!!




View yang sangat cantikk..fuhhh




View dari atas ballon.. ketar jugak aku atas tu..hihi






Alif sangat la bersemangat..eheh





Aku dengan muka cuak...alamak, belon dah gerak..haha.



Oke..letih plak upload byk gmbar, eheh. Buat Aiza, nati2 ko ada masa tgk ler kat FB aku yer;) Bye.

Vacation + Wedding Aishah


=) Bulan 8 ni office mate aku nk kawin, orang sabah..senegeri ngan aku.. So ari tu aku pon surf tiket price..tup2 aku dapat promotion price 2 ways - RM77 only. aku pyer gembira kepalang.. pasal aku nk balik kg..so sambil2 tu bole la trus pg wedding aishah. Aku pon ajak la office mate aku yang lain..yang seronok nyer raaaaamai yang nk pg... sangat gembira =) pasal tak sgka dapat sambutan..yer la..sabah kan jauh...hehe.

Lepas 2 3 minggu aku plan programe kat sana..semalam aku dah shoot email tentatif vacation (kat bawah)

& ni list nama yang ikut serta dalam vacation tu nanti;)
1) ela
2) asma
3) faz
4) diya
5) mar
6) bushra
7) yani
8) ayu
9) aimi
10) fariza
11) leena

12) amir
13) aji
14) hafiz faz
15) hafiz ayu
16) yan
17 nash
He... harap2 tiada aral tuk vacation ni..insyaAllah..

New Life

Bulan lepas banyak sangat benda berlaku, hehe. Tak tulis ape pon entry tuk bulan2 lepas (aku ni mcm tulis blog hangat2 taik ayam jer..huhu). Tapi start bulan March lepas idup aku dah berubah (ceyyy...apa yg berubah tu..hehe). Ye la..unexpected, encik Amir saya dah keje kat kL. wa...and yang kelakarnya office dia betul2 depan office aku KLCC. Haha, bak kata kak ayu member aku, lepas ni tkder lagi la ko mkn ngan kitaorang la..he. Sementara tkder project lagi ni, so apa salahnya spend time ngan Encik Amir aku tu mkn.. lepas ni ada project insyaAllah dah tkleh dah lunch date..hihihi(tersipu2 malu).

Oleh kerana raaaamai office mate aku ni nk kawen, ada yang baru2 ni bulan 3, next bulan 5, next bulan 8 and next bulan 12.. aku pon terpengaruh jg ler pasal wedding plan ni..hehe(Actually aku rasa aku muda lagi..tk pk pasal kwen lg pon) tapi oleh kerana project company tak masuk lagi, better aku wat sesuatu yang bermakna..hehe (aku rasa kalo aku wat freelancer lagi bermakna:p) Banyak juga la aku surf2 blog2 kawin orang2 ramai2..bes, menarik, ye la.. tu kan wedding kita, sekali seumur hidup bai, so betul lah kita nk wat yang terbaik.. :D tapi nak mula dari mana yer? heheheh (blur :p)

Taman Rama - rama - Penang

Last time sya pg Tmn Rama2 Penang. Taman Rama2 Penang pun not bad. Berhampiran dengan Batu Feringgi & Taman Rimba. Mmg best masuk dalam tu, dari luar nampak mcm kecik jer, tp bl masuk dalam smpai sesat tak nampak kt ner Exit nyer..hihi..

Details Fee
Adult (Malaysian): RM10
Child (Malaysian):RM8


Tolong Jangan mencubit Rama2..hihi

Amir tgh memikat sang Rama2 :D



Rama2 ske mkn nenas? waallaawei..

Rama2 & Raya


Shoot from Short Distance.

Jom Jalan2..segalanya ada di Malaysia :)

Taman Tasik Titiwangsa - Kuala Lumpur


Minggu lepas sya dan kawan2 jogging kat sini, sebenarnya rancangan asal kami mgikuti earobik yang diadakan setiap hari ahad. Tp earobik tu cancel, so kami pon jogging la satu tmn tasek ni =) mcm2 ada..hihi..






Menggapai KLCC Tower :O



1st in Malaysia. Org masuk dalam bola tu..then bola tu kena guling2, haha.

teratai..


Mmg best beriadah kt sini, so jimat duit kita tak pyah nk pg fitness first kan :p hee.

penulis kesukaan - Ramlee Awang Mursyid


ya. sebelum ini aku memang payah sekali nak menghabiskan satu novel. tapi novel pertama yang buat hati ini tertarik dengan penulisan Ramlee Awg adalah Bagaikan Puteri yang kupinjam dari adik ku Yasir. novel ini mgisarkan seorang pahlawan yang di gelar sunan atau laksamana. sejak dari itu, aku mula melangkah mmbaca satu persatu karya penulis ini. Cinta Sang Ratu, Rahsia Perindu, hati ku di harajuku, ungu karmila. hasil garapan bernas penulis membawa kita ke satu alam seperti di dalam penceritaan. pengalaman mendebarkan, gembira, sedih dapat dirasai seolah2 kita yang berada dalam situasi penceritaan.














teman ku Aiza yang baru selesai membaca novel Ayat2 Cinta hasil penulisan Habiburrahman rekemen buku itu kepada ku. Aiza kata penulis pndai membawa kita ke tempat lokasi yang tidak pernah kita jejaki. aku tertarik. penyataan nya seperti apa yang kurasa semasa membaca koleksi Ramlee Awg. so, hujung mggu ini kami akan bertukar novel :) ya, mungkin pengembaraan akan lebih mencabar!

MEMO KEPADA SEMUA STAFF

MEMO KEPADA SEMUA STAFF


Staff Sekalian,Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat anda akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda m ema ndu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.Sekiranya anda m ema ndu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja.Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:
Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga....

e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN :
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup.... Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET :
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka....


Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.Sekian, terima kasih...