RSS

Happy Birthday Sayang..


Syg, happy birthday.. sorry ayg takder hadiah mahal tuk syg.. tgh2 bz menguruskan anak tak sempat ayg nak wat suprise apa2.. hadiah plak sekerat2.. dinda dah booked mkn 2 orang kat tower hotel sunway resort, next week kita pg yer =) happy birthday my birthday boy! luv u:)


Happy anniversary Suamiku..

Surat Cinta Buat Suamiku..

Pejam celik 11June lepas dah setahun perjalanan perkahwinan kita kan, rasa nya macam baru semalam dinda menyaksikan kanda melafazkan akad di depan ayahanda, igt tak kanda kena lafazkan akad 2 kali disebabkan faktor bahasa kita..hihi, bukan tersekat2.. tp kanda lafazkan laju sangat.. sampai terkedu semua saksi2 dan tok kadi, dah la laju..cakap bahasa KL plak tu... org2 sabah ni pon berkerut kening mendengarnya..eheh.


Banyak perkara terjadi dalam setahun ni kan kanda, macam cepat sangat masa berlalu tup2 dah setahun..

lepas bernikah dan settle kenduri kedua belah pihak, kanda bawa dinda honeymoon pg universal studio singapore naik kapal cruise.. best kan kanda, masa tu dinda dah pregnant sebulan lebih... masa tu jugak dinda tk start loya2 lagi.. punya la lasak time tu... kat kapal cruise kita round sume tempat..tmpat karoke cina pon kita masuk and join dorang nyanyi, hahaha. Tapi dalam tu casino jer banyak.. kita lepak kat tmpat game jer. Smpai spore, kita round universal studio tu smpai dua kali.. main sume roller coaster, main sume pmainan.. lepas tu pusing sentosa island..
tapi punya la susah mkn sana.. star bucks pon tk halal, chillis pon tk halal, siap serves pork lagi.. :( naseb bek dalam universal studio ada la 2 restaurant halal.. masa mencari2 restaurant halal tu sunglasses mahal kanda hilang..uhuk2.. sedih btull... sunglasses tu mmg sgt sesuai tuk kanda..nak cari balik desgin mcm tu mmg dah takder :( masa nak balik malaysia tu, kita dah kehabisan duit dollar spore, tp disebabkan dinda nak mkn juga popcorn harrold, so kita pon beli popcorn pakai credit card..haha. mmg klaka, sbb popcorn tu 15 dolar jer.. takkan nak pakai cc ciput tu jer kan, kita pon beli la popcorn 2. total 30 dollar. bila convert cuit malaysia - "apa?! beli popocorn harga rm60?!". hahaha, nak wat mcm ner... nati tk merasa la popcorn harrold. Perjalanan balik ke malaysia pakai bas, itu lagi mencabar.. bas tu rosak tgh jalan! mmg gila betul.. so masa tgu bantuan tiba, kita pon makan popcorn mahal tu.. smpai tekak dinda luka kan kanda..hehehe.. teruk btul. Itu pengalaman honeymoon pertama kita yang sgt sronok kanda.. terima kasih=)




Masa kita confirm dgn doctor yang dinda pregnant, kanda la org paling gembira skali.. dinda nmpak air muka kanda.. mengalahkan gembira masa bernikah ari tu..hihihi. doctor tanya dinda darah jenis apa? kanda punya la explain kat doctor jenis darah kanda.. hahaha. Mmg nampak excited giler time tu.. dinda bahagia tgk kanda bahagia... =) Masa mengandung kanda betul2 jaga dinda, tlg basuh baju, kemas rumah, masak... angkat kerusi plastik tu pon kanda tk kasi dinda buat.. punya la syg kat isteri ni..hehe... mmg dinda bertuah memiliki cinta kanda.. setiap hari masa dinda balik kerja, sampai rumah yg kita sewa kat puchong tu.. kanda akan turun bawah amek beg laptop dinda, handbag dinda.. dinda naik tangga tu mcm siput kanda tunggu dinda panjat tangga tu satu2.. sambil bgurau2 n borak2, naik tangga yang 15 minit tu pon rasa best..hehe..

Bulan ke-7 mengandung, kita buat 2 keputusan besar dalam hidup.. dinda berenti kerja dari company yg best tu, and kita beli rumah baru =)
Mmg tough baru2 pindah kerja dan nak adapt tempat baru kan.. tp basib bek kanda ada.. sbb scope tmpat kerja baru ni totally different dgn kerja lama dinda, kanda la tempat rujukan utama.. hihihi. Seminggu selepas pindah kerja, kita pindah rumah baru. Masa nak masuk rumah kita buat renovation sket, seronok kan kanda, kita renovate rumah ikut design kita, buat plaster ceiling kat hall, dining room n dapur.. buat kitchen cabinet, semua ikut citarasa kita.. membina rumah impian kita.. tgk bajet, cari kontractor, design, then siap! Alhamdullilah Allah mudahkan segalanya kan kanda.. syukur pada ilahi.



Dan 2 bulan lepas, lahirlah aqilah najwa.. permata cinta kita..

Aqilah lahir sebulan sebelum anniversary kita.. Kanda sempat lagi buat suprise kat dinda, hantar bunga kat depan pintu.. its really sweet=)



Kita dah bergelar ayah dan ibu.. tanggungjawab besar tuk kita berdua.. Dinda la orang paling bahagia di dunia ni, mendapat suami seperti kanda.. dinda cuma mahu menghabiskan semua masa hidup dinda, hanya tuk kanda.. aku bersyukur dengan segala yang Kau anugerahkan padaku ya Allah.. Terima kasih Allah dengan jodoh yang Kau tetapkan padaku.. panjangkanlah jodohku dengannya, dunia dan akhirat.. Amin.


Sayang..ku amat mencintai mu~!!!!