RSS
Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

the process buying our house & the making of

Akhirnya settle juga process pemilikan rumah dan perpindahan rumah.. alhamdullilah.. the process to buy that house sgt cepat dan mudah, alhamdullilah Allah atas rahmatmu.




At first my hubby sgt interested rumah kat Amansiara, sbb nya kitorang nak mengelakkan rumah yang still on development. Area KL ni mmg byk developer yg buat separuh jalan, itu yg buat kami tanak beli rumah yg tak siap lagi.. scary ooo.. then after surfing and researching at the end jumpa la ngan owner rumah ni - Aziram. He is goverment staff, and need to move to cyberjaya, and he want to sell his house sbb nak beli rumah ke-3 kat cyberjaya. reason dia sgt mantap nape dia nak jual balik rumah yg tak pernah dia duduk.. and tuk pengetahuan rumah tu pon dia baru dapat kunci 3 bulan.. so its really new house from developer. bezanya kami tak perlu bayar interest rumah tu semasa process development.




so lepas deal harga ngan Aziram, kami check dengan bank value market rumah. Market value memang tinggi, market value di nilai dari facilities yg disediakan (swimming pool, gym, tmn permainan, etc..), facilities area tu (hospital, sekolah, highway, pasaraya, etc). Kitorang pilih CIMB bank islamic tuk mohon housing loan, lepas a brieft session ngan consultant CIMB, kitorang pon isi form. Tak sampai 2 minggu bank dah contact my hubby with happy news~ pmohonan berjaya! alhamdullilah. mmg tanak buat kesilapan ke-2 (mcm dalam entry ni) bank dah approve tp kitorang tolak balik.. masa tu tak tekad sgt beli rumah.. so abes burn deposit.. huhu.




so sambung balik cerita.. lepas bank luluskan loan, bank offer panel sendiri tuk evaluation rumah and lawyer (if you dont have one) sbb kitorang mmg takder kenalan lawyer so proceed dengan lawyer bank and evaluator. Lawyer tu pon sangat effisien, dalam masa 2 minggu our document between old owner and new owner dah siap. tuk pengetahuan document agreement tu dalam 300 pages! so just imagine ko kena sign each of the page! haha, mmg sakit tangan.. then lepas sebulan lawyer berkejar2 ngan bank, bank pon disburst first payment kat owner asal rumah. and dngan rasminya kami pon dapat kunci at the midle of january =) Process tak lama, we start meet the first owner november 2010, and process bank, lawyer sume, dapat kunci january 2011. dalam masa kurang 3 bulan dah settle. Alhamdullilah..




Lepas dapat kunci baru cari contractor tuk renovation plaster siling, kitchen cabinet and grill rumah. cari2 and confirmkan contractor dalam masa 2 minggu - middle february 2011. And a month after that kitorang trus pindah rumah.. which is 8 march 2011, even though masa tu kitchen cabinet tak siap lg..




process perpindahan, pengemasan sangat la penat.. walaupon aku tk dibenarkan buat kerja2 berat tp kepenatan mmg sangat terasa.. apatah lagi husband mesti lagi penat.. sbb semua pon buat sendiri..




so setelah seminggu mendiami rumah ni, rasa sangat senang hati.. tido malam sangat nyenyak.. kat sini malam sejuk, even buka kipas speed 1 pon dah cukup.. rumah tak settle lagi.. ada lagi nk tambah2 minor2.. tp yang major dah lepas..







so ni list rumah major yang kitorang telah pon settlekan =)





1) Plaster Siling renovation, divider & wiring lampu kipas (plaster siling idea sepenuhnya oleh hubby.. i like! the theme is modern sophisticated )




- contractor : samsul

- duration : 2 weeks





plaster siling dining area, together with border to divide dining area and mini library.





plaster siling living hall(hubby cat kaler merun itu, tp looks like red)




2) Kitchen cabinet renovation (idea hasil garapan contractor, hubby and me.. pemilihan color and material by us husband and wife)




- contractor : sam

- duration : 3 weeks

good bye our teratak kecil..

selepas process pemunggahan barang2 dari rumah sewa ke rumah kitorang kat selayang, last weekend tu kitorang balik kat rumah tu bersihkan rumah.. sedih pula rasa tinggalkan rumah tu.. ye la, di situ kehidupan rumah tangga kami bermula.. selepas kawin di situ la kami memulakan hidup sebagai suami isteri, walaupon rumah sewa dan rumah tak sebesar mana tapi segala memori takkan dilupakan di rumah tu..

teringat lagi masa nak beli perabot pertama kami - sofa, coffee table & set bilik tidur.. satu puchong kami survey tuk dapatkan design and harga yg kami cari.. lepas penat pusing2 then tnmpak ada pakcik kat bawah pokok jual air kelapa, perh... lepas layan air kelapa baru kami sambung balik cari perabot.. sehari suntuk juga kami spent masa tuk itu.. hehe..

then masa nak decide kaler rumah, aku punya la beria2 nak kaler purple gelap kat dinding portion tv.. lepas gado2 ngan husband baru la husband approve..hehe, tq syg.. lepas beli cat tu kitorang mengecat bersama2.. hee.. mmg takkan dilupakan saat2 tu.. sbb nya, masa mengecat tu aku pakai baju baru yg dibeli semalam.. ntah mcm ner aku bole tk perasan cat itu terkena baju aku dan arghhhhhhhhh... even aku clorox pon baju tu cat tu tak ilang;( so habisla riwayat baju baru ku itu..

kat rumah comel tu la kami buat first open house masa raya 2010. dengan keluasan rumah yg terhad tu tetamu kami mencecah 100 orang juga la.. even datang secara berperingkat, tp ada satu period tu tetamu smpai duduk dekat pintu utama.. kesian betul.. hehe, tp mmg pengalaman best. menu raya tu nasi tomato and bihun sup.. bukan takat rumah kecil, periuk nasi kami yg kecik tu pon tpksa bekerja keras.. 4 round masak nasik.. petang tu plak, ayam merah madu abes so husband kuar plak beli ayam and masak round kedua..ayam 4 ekor dikorbankan :D semua pon puji ckp kitorang masak sedap..hehe, hasil collaboration suami isteri (aku masak nasik tomato, husband masak ayam madu), bihun sup masak sesama.tetamu pertama iaitu en. zul (rakan kerja husband) yg smpai pkol 10am, then tak putus2 smpai tetamu terakhir iaitu farah and wunan (kawan club motor husband) smpai kol 10pm... tq kepada yg hadir.. tahun ni insyaAllah kami buat lagi tau..

kenangan raya 2010 di teratak itu =)


and kat teratak kami tu juga la aku disahkan mengandung =) masa first test tu, husband beli pregnancy test kat pharmacy, lepas dapat result +ve kami decide tk excited sgt sbb tk confirm:p then esoknya kami check kat klinik plak and officially disahkan 6 minggu..WOW! masa tu mmg menitiskan air mata, and husband pon nmpak bergenang air mata dengan senyuman lebar... bahagia tgk orang tersayang bahagia.. terima kasih sayang.. aku bahagia bersamamu..


hari terakhir clearkan rumah


semua pon buat sama2 kat rumah tu.. walaupon rumah kecik tp jadi indah sbb bersama yg tersayang.. terima kasih tuk segalanya kasihku..

move to next step

within last few months, kami (ai and husbd) tak boring cari info pasal rumah, hartanah, project perumahan, dan sewaktu dengannya. and at the end kami jumpa satu rumah yang kami berkenan dan harga pon still dalam budget.

then setelah tekad, kami pon jumpa la dengan owner rumah tuk tgk2 rumah and nego2 harga. kali ini kami betul2 kena study before sign apa2 agreement, taknak dah mengulangi kesilapan sama masa nak beli rumah kat Bandar Tasik Permaisuri ari tu (entry ini)

Kali ni rumah yg kami berkenan kat Bandar Saujana Putra.. just let the picture talking!





ini kat show house.. kat rumah yang nak dibeli tu lupa amek plak:p




uhuk.. ada duit lebey bole buat mcm ni yang? amir kata- bole. yeay!


urusan pasal rumah ni still in progress, byk nak kena buat sendri since ini rumah ni bukan dari pemaju.. owner dia cikgu, dia tk duk sini sbb dia ngajar kat kajang dengan husbd dia skali..thats y dia nak jual balik rumah ni even tak pernah duduk pon.. itu background history pasal rumah tu la.. hehe.. so apa2 mudahan semua urusan berjalan lancar..husbd pon skg excited dah cari2 contractor nak extend dapur tu nanti..hehe..nanti kalo ada update pasal rumah lg will be post here soon~~


wala~~~ suka hati hari2~~~






moving into new house~

haha. bukan aku, tapi amir.. aku plak excited :p

minggu lepas parent aku transit dari medan balik KK, so aku and ima jumpa ayah and ummi di lcct; sempat la melepaskan rindu pada ayah and ummi.. lama tak jumpa, last jumpa lepas balik bertunang tu (10.01.2010). then kami borak anak beranak smpai flight ke kk nak terbang.. and aku smpat tgkap gmbar ngan ayah ummi..hehe {nota:ayah sakit mata takleh tgk flash camera :( }




lepas dari epot aku trus mengheret ima pg rumah baru amir..haha. smpai rumah ima siap cop bilik dia lagi.. ada ker patut dia cop master room? hahaha.. amir and kawan2 punggah barang masuk kerumah, and aku tk sempat pon tolong dia.. so sorry yer.. lihat tunangku, dia tgh cat lantai bilik tidur pakai aclyrist tuk mengilatkan lantai; tabah kan:)



then lepas aku memantau2 rumah kami; kami pon decide mencari2 makan mlm.. and tiba2 ima ternampak sale perabot.. secara automatic amir pon drive masuk ke kedai; aku tak terasa pon nak beli perabot lagi.. tapi takper la, kita tgk2 jer dlu yer b.. - aku kata kat amir. pusing2, tgk2, and lastly tanya2 harga.. tup2 amir minta aku decide nak amek yang mana..hahaha.. u are really unpredictable sayang.. and aku pon pilih la yang berkenan..sangat la hepi sbb dia nak aku yg pilih tuk perabot rumah kami :) baby jgn mnyesal yer swuh ayg pilih *wink2* tq sayang.. hehe.. gmbar di bawah amir tgh buat payment.



and also aku and ima. ima, comel la ko tutup mata.ngeh2. seyes!




selesai payment and deal sume ngan kedai perabot itu, ipa pon hantar mms doorgift aku yang ummi beli kat medan.. berupa magnet peti ice dan juga pemotong kuku yang ada love...sangat sweet.. terima kasih ummi ayah!



progress kawin ok, tapi aku tak settle lagi pelamin!! adush! and juga maritial status from my employer lagi blom dapat..hurm..
ok, da~~ wink2!



No more Bandar Tasik Puteri :| just rent a cute apartment at Puchong :)



Kawan2, ari tu aku dah terlanjur cerita pasal rumah yg di idam kan. unfortunetely kami dah tolak rumah tu sbb pemaju tu cuba menipu kami :( Then last saturday amir and aku pg tgk satu rumah sewa kat puchong.Rumah tu just nice, memang tak besar, tapi cukup2 la memuat kan aku and bakal suami..hehe. InsyaAllah Amir akan masuk rumah tu bulan march, and after our nikah kami akan tinggal sana.
Actually owner rumah tu boss amir - Mr. Tan. Dia sangat baek ok dan sgt consider orangnya. Maintenance fee and bill air dia tanggung, then nati dia swuh orang cuci rumah, so kami masuk and bawa barang jer ;)
Pemandangan luar balcony



Amir and Mr Tan bincang2. sila abai kan debu kat tiles yg 10 inch itu.


aku dapat tools ni dari tenet, exciting! then aku pon wat floor plan.


kawasan bawah rumah.
So kpd adik ku ima, nanti bulan 6 aku akan rajen2 amek ko di hostel and bwa rumah jadi orang gaji a.. haha.
p/s - aku memain ja la ima.


Diari Rumah - Impian jadi kenyataan.. Alhamdullilah.

Entry kali ini aku dah create lama dulu, tapi baru kali ini aku publishkan.. nak kongsi kegembiraan dan kebahagian ni ngan semua, rasanya aku nak menjerit kesukaan tapi aku kena lah behave myself dan kwal diri ini... syukur Alhamdullilah ke hadratNya kerana memudahkan urusan; menguatkan dan mengental kan hati kami.. untuk Fabula house - Bandar Tasik Puteri :)


21/11/09 Sabtu - Pada hari itu, aku dan Amir pergi ke pameran perumahan dan hartanah - Mid Valley, tak terfikir langsung membeli rumah.. tapi kami hanya nak menambah kan pengetahuan dlm bidang2 tanah ni..




Mula penjelajahan 3.30PM.


Kami menjelajah ke semua booth yg ada di sana. target kami adalah rumah area bangi dan kajang (arah utara). relevan nya adalah kami tak nak terperangkap dalam kesesakan jalan raya tuk pergi ke pejabat. Bukan kata hampir semua tapi semua rumah2 area kajang hanya ada rumah2 banglo yang berharga setengah juta. Oh..mmg mengecewakan. Then kami survey plak rumah2 lain yang dalam kemampuan, dan hasilnya kami short listed kan ada 3 rumah yang menarik dan relevan dengan harganya. Senarai di bawah adalah comparison ringkas terhadap rumah2 shortlisted kami=)



1. Rumah teres 2 tingkat - Project SPNB area Pelabuhan Kelang
2. Apartment Batu Caves, Gombak
3. Rumah teres 2 tingkat - Bandar Tasik Puteri - Rawang



Dengan perbincangan singkat bersama Amir kami decide nak pilih Rawang and berjanji dengan Jessie (agent perumahan tu) tuk berjumpa esok nya di Bandar Tasik Puteri (BTP) tuk melihat sendri rumah.

Penjelajahan Tamat pd pukul 7.30 pm.


Dan ke-esok hari nya kami pon ke kawasan berkenaan. Kami mengukur masa dan jarak daripada Tmn Melati ke BTP. Perjalan mengambil masa lebih kurang sejam setengah dan beza jarak adalah 50KM. Perasaan aku ketika itu? Masih dlam keadaan suka2. hehe.Sampai di office kami di smbut ramah oleh jessie, dia mmg banyak cakap. eheh. Borak2 pasal rumah dan kami pon di bawa ke rumah sebenar, bukan rumah showroom yang dah dekorate2 tu tau.. tapi betul2 rumah yg dah siap tapi kosong. Ada dua jenis rumah yang kami suka daripada pamplet iaitu Fabula dan Ivory. Aku mmg suka gila kat design luaran Ivory- dari luar mmg nampak macam rumah mewah. tapi bila masuk ke dalam- tak seperti Fabula. Walaupon Fabula nampak mcm rumah teres dua tingkat yg biasa, tapi keluasan dalam nya membuat hati truja..hehe. Kat sini aku kepilkan beberapa gambar sebenar rumah2 tersebut.


Ivory


Fabula


Aku dan Amir mmg sgt teruja. Dan kami pon memberikan bayaran booking rumah kepada Jessie disbb kan kami adalah waiting list ke- 5 untuk Fabula sbyk RM100. Malam itu aku mmg tak lena tidur, hehe.. macam tak percaya pon ada.. aku pon tak menyangka kami membuat keputusan sesingkat ini. he.



24/11/09 Rabu - Hari itu aku balik dari office awal atas permintaan Amir, modus operandi nya? Sebab aku and amir nak booking rumah and hantar document2 yg diperlukan tuk beli rumah.. Dalam perjalanan ke carefour (tmpt janji kami ngan agent rumah), amir dah kol2 aku 2 3 kali, tuk memastikan aku tidak lewat smpai.. sesampai aku di sana kami sign surat permohonan loan; dalam 9 pages mcm tu.. selesai itu bayar RM900 tuk cukup kan RM1000 tuk application loan. masa tu rasa teruja sangat.. tak percaya kami serius dalam hal ini, ini bukan hal rm1k, rm2k.. tapi beratus2 ribu.. ohh.. seyes masa tu berdoa mudahan2 application kami tkder masalah. Picture bawah ni tanah lot yang kami apply - Lot 46 Jalan 3/35 :)



08/12/09 Selasa - Amir kol aku and kata ada berita gembira.. guess what? kami dapat rumah tu!!! wahahaha.. masa tu aku la org plg gembira di dunia, igt lagi perasaan masa tu.. :D tapi itu adalah permulaan nya.. lepas kami kira2 semua loan dari bank and brapa deposit kami kena bagi, kami jadi goyah. lebih kurang rm20k.. huhu, byk tu.. so Amir cadang tgk and survey2 dulu rumah area lain; selayang, batu caves, setapak, cheras, bangi, kajang.. aku setuju dan kami plan ujung mgu tu pg menjelajah rumah2.



27/12/09 Sabtu - Lepas buat research kat tenet rumah2 yang nak di jual, kami pon mula kan penjelajahan, walupon sibuk dengan kerja di pejabat dan persiapan tunang, kami tetap kan juga niat tuk survey rumah2 area lain. Letih jgn cakap, ari sabtu tu kami cari rumah area bandar baru bangi and kajang, ada rumah yg suka tapi harga plak tak suka, ada harga suka tapi rumah plak tak suka..huhu. pencarian hari itu agak menghampakan, ke esok hari nya kami menjelajah ke area selayang and batu caves, rumah condo 2 bilik pon paling koman rm200k, huhu.. ini buatkan kami tetap angau kat fabula house! cari punya cari kami jumpa kondo yang murah - rm130K. 2 bilik jugak tapi keluasan 1012sqfit, so kira berbaloi jugak, sbb luas kan.. masa itu kami pon berbelah bagi... amir kata better amek cheras daripada hari2 kena travel kat rawang.. wuwu, aku plak mmg susah nak lepas kan rumah fabula tu.. cinta pandang pertama la katakan.. hehe. Banyak kelebihan sebenarnya kondo cheras tu, tuk pengetahuan jarak dari kondo tu pg bukit bintang 5KM jer! mmg sangat dekat ngan KL. Tapi ntah ler, aku just tk suka environment kat sana.. Plus kondo kat cheras tu, bila kira2 balik deposit lebih kurang sama dengan rumah kat rawang.. huuu.. so kami dah kira tolak duit simpanan, boleh la cukup2 simpanan byar deposit..


Malam itu kami kena decide nak amek rumah rawang ker tak.. sbb developer dah push hari2 status kami.. mmg tertekan sangat kala itu, tuhan jer la tahu.. at the end, kami pon bulat kan hati.. tuk ambil rumah tu!!!! hehe.. alhamdullilah.. so skg offer letter dari bank dah kuar and kami pon accept sume. Bank and pemaju kata dalam tempoh 3 bulan dapat kunci lepas bank dah settle ngan pemaju.



02/01/10 Sabtu - Semalam kami pg Bandar Tasik Puteri lagi.. hehe, melawat rumah kami ;p Amir trus jumpa ngan orang welding tu.. minta dia wat draft quatation tuk grill satu rumah.. sangat excited :D layan gambar2 kami yg sgt excited!

Gerbang Depan Bandar Tasik Puteri





depan rumah kami! :)



Living Room



Living Room dari tangga




Tanah kat blakang rumah



Amir orang yang paling teruja!




aku sangat suka :)



:)



Antara kemudahan yang ada.



Alhamdullilah, syukur pada Allah yang maha memberi.. mudahan perjalanan hidup diberkati dan di rahmati, Amin.. Tahun 2010 ni tahun cabaran bermula, akan bertunang mgu dpan dan akan berkahwin bulan 6 ni.. beli rumah, stabil kan kerja, dan kena kerja lagi tekun dan kuat.. Lillahi Taala.. mudahan niat aku ni tak lari.. Kepada rumah ku Fabula bernombor 46, nanti kan kehadiran kami!!! hehehe..