luv u both!
jatuh katil!
Maaf ye.. saya sekadar nak berkongsi cerita.. kisah bayi jatuh katil ni mengingatkan saya pada sepupu saya.. masa dia baby dalam 4 ke 5 saya tak pasti..dia jatuh dari sofa.. masa dia jatuh terus terdiam tanpa nangis mata je terbukak.. terus mak dia bawak dia g spital.. dia kene ambil air tulang belakang... sebab nye saya pun tak berapa nak pasti sebab masa tu pun saya sekolah lagi.. lepas dari.. berminggu2 dia ambik masa untuk menangis.. dia senyap je macam kaku.. hanya mata dia je gerak.. dalam sebulan lebih kot.. alhamdulliah.. dia dah boleh menangis dan bagi respon bila org bercakap.. tapi lepas tu dia akan kene macam kejang atau sawan kot dan tak ingat.. sampai la sekarang dia macam tu.. umo dia dah 20 tahun.. hidup dia sekarang bergantung pada ubat doktor.. puas dah mak ayah dia berubat.. dah tak terkira ustaz ke pakar perubatan kampung ke.. dari utara ke selatan mak ayah dia berubat kan dia.. tapi masih tak membantu jugak.. saya bercerita ni bukan untuk nak menakut2kan.. tapi cuma nak berkongsi.. supaya mana mak ayah yg pernah baby terjatuh tu hati2 la ye.. kalau nampak anak tu takde pape.. bawak jugak la berubat jumpa doktor ke.. kadang2 kita tak tahu apa kesan dekat dalam badan baby tu..
insaf. Aqilah pon pernah jatuh katil. mungkin 2 kali, oh atau 3! ibu dah letak bantal keliling katil. buat border aqilah. ibu cuma baring tepi dia tgk dia cakap sorang2, main sorang2. last ibu buka mata Aqilah masih kat sebelah. tiba2 ibu tersedar, aqilah dah kat bawah katil menjerit nangis kesakitan. Ya Allah, aku tertidur! tgk2 anak aku dah atas lantai!
Kesian anak ku..pastu tgk aqilah tbe2 dia tersenyum kemudian ketawa terkekeh2. Tersentuh ibu, pandai sungguh anak kecil ini mengambil hati. Walaupon dia sakit tp masih mampu senyum tuk ibu nyaT.T luv u sayang..
new rule: tak bole letak Aqilah kat katil walaopon sekejap! noktah.
happy 8 months old sayang!!
she is smart.
she is cute.
she turned 8 months on last week.
she is my lil baby=)

(puji anak sendri adalah dibenarkan, why not? hehehe)
banjar ceremony at country home
btw last weekend my relative ajak kami sekeluarga pg kenduri kahwin sahabat handai my family at bandar country home..and it was awesome! eventhough we dont know anyone in the kenduri (except my uncle family) but we had a great hour with all the kenduri food, kompang rebana and friendly people:)
and the best thing is-our Aqilah was in a good mood along the ceremony:) she can get along with people and surrounding! thks Allah.. kalau tidak selalunya dia akan nangis bila org yg tk dikenali nak dukung dia! hehehe.
some of our picture=) thks to my brother for the photo!~

cerita awan
situasi - suatu petang ketika balik dari pejabat. keadaan sunyi, hanya bunyi deruan enjin kereta dan motor, masing2 keletihan dengan tugas2 dan masalah di pejabat. melihatkan keadaan itu si suami pon membuka bicara:-
suami : ayg, tgk awan tu..cantik kan..
isteri pon memandang ke atas lambat2 dan mengiya kan kata2 suami.
isteri : cantik... eh2, kat sana ada awan bentuk love!
suami : a ah..
isteri : eh2, kat blakang bentuk love tu ada awan evil muka jahat!
suami : a ah, tgn evil tu mcm ni [sambil tunjuk tangan evil]
isteri : tak bukan mcm tu... tgn dia mcm ni... then dia gelak mcm ni [sambil buat suara gelak jahat sambil menunjukkan tangan ingin mencakar]
suami : e eh, terlebih tinggi la plak imaginasi dia ni:p
isteri pon tersenyum simpul.. you are such adorable husband, always keep me laugh and happy=D
Surat pertama 2012 buat Kanda
Dear Suami ku yang tercinta,
Di tahun baru 2012 ini, ada 12 azam dinda;
- Menjadi isteri mithali yang rajin beribadah lillahi Taa’la..
- Menjaga aurat ku agar tidak terdedah dan secara tidak langsung menjaga maruah ku sebagai isteri mu
- Menjaga appearance, tidak mahu lagi kusut masai, dan menjadi makcik2. Mahu menjaga imej sebagai isteri mu.
- Rajin makan supplement yg telah dibeli supaya menjadi cergas dan tidak nmpak keletihan selalu
- Mahu meningkatkan prestasi memasak walaupon tahu tahap masakan kini sudah agak bagus, buktinya berat kanda sudah pon melonjak naik pada tahun pertama berkahwin:p
- Mahu menjadi lebih cekap membuat kerja rumah (sekarang seminggu skali kemas/sapu/mop/laundry, adekah this year seminggu dua kali?:P )
- Mahu Menjadi lebih istiqomah membaca kan Aqilah story book
- Menjadi lebih rajin membuat makanan Aqilah homemade dari yg instant
- Tidak mahu membazir membeli barangan tidak berfaedah dan tidak penting
- Mahu menjadi partner kanda yang terbaik pada 2012! Yg sentiasa ada di sisi suami. Adekah saya adalah partner terbaik 2011?:p
- Mahu menjadi pekerja yang dedikasi, tahu menghargai, komited and will give the best whatever task given!
- Mengundi ! yeay!
Sekian. Diharap azam ini dapat dicapai dgn redha Allah. Amin.
Yang benar,
Isteri Kanda;)
epa - wife-to-be
dulu2 masa kecik slalu gaduh sama ni budak..
asyik aku salah..yg adik ni betul..
masa besar plak budak ni plak complaint-
asyek kakak jer betul..
dia jer salah:p
ye laa.. dia kan dekat, si kakak ni jauh..
so orang kata - yang jauh rindu rinduan..
so tuk adik aku-iffah zuleha elmandily
jadi isteri solehah ya
lepas ni stay rumah sendri suda..
mcm sedih kan sbb ko la paling lama duduk di rumah tu...
sbb suma adik beradik lain sume study oversea:p
mesti yg paling sedih ummi ayah kan...
sbb ko la pembantu tetap dan setia ummi ayah di rumah tu..
jadi si adik manis, the journey just started..
hadapi semua dugaan dengan hati terbuka..
semoga perjalanan kamu menjadi lebih bermakna, lebih ceria, lebih bahagia dan lebih dirahmati olehNya :)
my birthday?!!
She is almost 6 months!
hello world!
rasa mcm baru semalam kejadian kami suami isteri buat pregnancy checkup kat klinik, and masa tu mmg rasa terharu yg amat melihat suami bgenang air mata dan excited bercerita dengan doctor selepas mendapat khabar berita itu=') you are really sweet darling..thks Allah for the great gift, suami yg sanggup masak cuci kemas bila mana isteri tak terdaya, suami yg sentiasa bg perangsang dan dorongan, yg selalu cool dan ada solution pada setiap dugaan yg datang. Ku Bsyukur dengan anugerah mu ya Allah, ku punya suami dan keluarga yang hebat(keluarga sgt byk membantu ketika kami kesulitanT.T) .. mungkin aku saja yg kurang hebat,eheh.
Jadi selepas mendiam lama mungkin entry baru ni aku nak tulis pasal anak kesayangn kami, kalo boleh mmg tanak berengang lama ngan dia, tp sia2 jer la study amek degree kalo tak apply dalam pekerjaan kan.. so matlamat aku adalah tuk menjadi super mak! ibu yg bekerjaya dan mampu menguruskan rumah tangga dan anak2 dengan baik:) hahaha,semangat jer lebih:p
gambar keluarga kecil kami terkini :)
Okeh, itu saja la update buat masa ini (ceh, semangat nk update konon, tp 3 perenggan jerk? hahaha)

Happy Birthday Sayang..
Happy anniversary Suamiku..

Banyak perkara terjadi dalam setahun ni kan kanda, macam cepat sangat masa berlalu tup2 dah setahun..
lepas bernikah dan settle kenduri kedua belah pihak, kanda bawa dinda honeymoon pg universal studio singapore naik kapal cruise.. best kan kanda, masa tu dinda dah pregnant sebulan lebih... masa tu jugak dinda tk start loya2 lagi.. punya la lasak time tu... kat kapal cruise kita round sume tempat..tmpat karoke cina pon kita masuk and join dorang nyanyi, hahaha. Tapi dalam tu casino jer banyak.. kita lepak kat tmpat game jer. Smpai spore, kita round universal studio tu smpai dua kali.. main sume roller coaster, main sume pmainan.. lepas tu pusing sentosa island.. tapi punya la susah mkn sana.. star bucks pon tk halal, chillis pon tk halal, siap serves pork lagi.. :( naseb bek dalam universal studio ada la 2 restaurant halal.. masa mencari2 restaurant halal tu sunglasses mahal kanda hilang..uhuk2.. sedih btull... sunglasses tu mmg sgt sesuai tuk kanda..nak cari balik desgin mcm tu mmg dah takder :( masa nak balik malaysia tu, kita dah kehabisan duit dollar spore, tp disebabkan dinda nak mkn juga popcorn harrold, so kita pon beli popcorn pakai credit card..haha. mmg klaka, sbb popcorn tu 15 dolar jer.. takkan nak pakai cc ciput tu jer kan, kita pon beli la popcorn 2. total 30 dollar. bila convert cuit malaysia - "apa?! beli popocorn harga rm60?!". hahaha, nak wat mcm ner... nati tk merasa la popcorn harrold. Perjalanan balik ke malaysia pakai bas, itu lagi mencabar.. bas tu rosak tgh jalan! mmg gila betul.. so masa tgu bantuan tiba, kita pon makan popcorn mahal tu.. smpai tekak dinda luka kan kanda..hehehe.. teruk btul. Itu pengalaman honeymoon pertama kita yang sgt sronok kanda.. terima kasih=)



Masa kita confirm dgn doctor yang dinda pregnant, kanda la org paling gembira skali.. dinda nmpak air muka kanda.. mengalahkan gembira masa bernikah ari tu..hihihi. doctor tanya dinda darah jenis apa? kanda punya la explain kat doctor jenis darah kanda.. hahaha. Mmg nampak excited giler time tu.. dinda bahagia tgk kanda bahagia... =) Masa mengandung kanda betul2 jaga dinda, tlg basuh baju, kemas rumah, masak... angkat kerusi plastik tu pon kanda tk kasi dinda buat.. punya la syg kat isteri ni..hehe... mmg dinda bertuah memiliki cinta kanda.. setiap hari masa dinda balik kerja, sampai rumah yg kita sewa kat puchong tu.. kanda akan turun bawah amek beg laptop dinda, handbag dinda.. dinda naik tangga tu mcm siput kanda tunggu dinda panjat tangga tu satu2.. sambil bgurau2 n borak2, naik tangga yang 15 minit tu pon rasa best..hehe..
Bulan ke-7 mengandung, kita buat 2 keputusan besar dalam hidup.. dinda berenti kerja dari company yg best tu, and kita beli rumah baru =) Mmg tough baru2 pindah kerja dan nak adapt tempat baru kan.. tp basib bek kanda ada.. sbb scope tmpat kerja baru ni totally different dgn kerja lama dinda, kanda la tempat rujukan utama.. hihihi. Seminggu selepas pindah kerja, kita pindah rumah baru. Masa nak masuk rumah kita buat renovation sket, seronok kan kanda, kita renovate rumah ikut design kita, buat plaster ceiling kat hall, dining room n dapur.. buat kitchen cabinet, semua ikut citarasa kita.. membina rumah impian kita.. tgk bajet, cari kontractor, design, then siap! Alhamdullilah Allah mudahkan segalanya kan kanda.. syukur pada ilahi.


Dan 2 bulan lepas, lahirlah aqilah najwa.. permata cinta kita..

Aqilah lahir sebulan sebelum anniversary kita.. Kanda sempat lagi buat suprise kat dinda, hantar bunga kat depan pintu.. its really sweet=)

Kita dah bergelar ayah dan ibu.. tanggungjawab besar tuk kita berdua.. Dinda la orang paling bahagia di dunia ni, mendapat suami seperti kanda.. dinda cuma mahu menghabiskan semua masa hidup dinda, hanya tuk kanda.. aku bersyukur dengan segala yang Kau anugerahkan padaku ya Allah.. Terima kasih Allah dengan jodoh yang Kau tetapkan padaku.. panjangkanlah jodohku dengannya, dunia dan akhirat.. Amin.

Sayang..ku amat mencintai mu~!!!!
Puteri cinta hati ibu dan ayah =)
Hari kelahiran Aqilah betul2 tidak di duga, apa taknya.. menjelang minggu ke-40 mengandung pon aku tak rasa sakit mcm yang kawan2 ceritakan.. so nak dijadikan cerita kami suami isteri pon pg la check kat doctor kami - Dr. Marshita (Pusat Pakar Wanita Medina). Last week masa checkup doc kata baby tak engaged lagi...dan tali pusat bbelit sekali di leher baby.. tp dia nasihatkan supaya bsabar mudahan next week baby engaged dan tali pusat tu loose sendri... Tapi pd hari kejadian, bila doctor scan dan doc seluk kat bawah, baby still tak engaged! dan belitan tali pusat bertambah la plak.. 2 kali lilit :( bila tya solution, doc nasihatkan buat cesarean sbb itu paling mudah tuk baby dan mudah tuk ibu. Tergamam dengar suggestion doc..smpai air mata kuar2..haha. apa taknya, slama ni mmg tak ready pon nak csar. Husband masa tu bg semangat.. swuh proceed suggestion doc.. then dia pon tanya la doc - bila nak operate doctor? doctor jawab - malam ni! hoh.. masa tu husband plak tergamam tak percaya. kalo malam ni sya pon terkejut doctor - husband ckp kat doctor. haha. Dan oleh kerana masa tu kepala tgh mengong, sya sempat lagi request kat doc nak balik semayang istikharah..hahaha. ini pilihan kamu, sya tak mahu kamu sakit 2 kali.. means kena induce tuk lahirkan normal.. tp kalo tk berjaya, kena proceed jugak operate... doctor terangkan kat kami. kami diam. dan minta diri kat doctor balik rumah bincang dgn parent, lepas tu call doctor balik.
dalam kereta aku masih berkeras tanak operate. tanak tanak tanak. Aku ckp ngan hsuband yg aku nak tgu sakit jugak.. lepas tu baru masuk labor room. husband plak call kawan dia - Dr. Shahrin. Doc tu bertugas kat hosp selayang, tp mlm tu dia takder kat hosp. so dia swuh kami check kat doc selayang n minta opinion dari sana plak. So kami pg la hosp selayang.. kat sana ada 5 org doc(aku rasa sorang doc betul, yg lain sume pelatih) sume pon tgk aku kena checkup.. perghh.. mcm aku ni jadik experiment lak...huhu.. tp oleh kerana masa tu aku still degil nak bsalin normal, aku sabarkan jer la... ye la.. hosp kerajaan, nak expect apa kan.. kat sana doc2 just check heart beat baby, and scan pakai scan 2D.. hellooooooo... dr marshita tu pakai 4D ok.. and lastly report yg dorang keluarkan tuk kes aku ni - tak kritikal. tali pusat tidak nampak dlm 2D scan. hoh?! Kuar dari bilik rawatan tu, aku pon pg tmpat menunggu.. jumpa husband.. cerita sume apa dorang buat..teknologi dorang.. dan masa tu aku pon mula berubah pikiran.. tp still ragu2. Kita balik rumah la, tya ayah ummi.. husband ckp. Masa tu dlm pikiran mestilah ayah ummi sokong aku.. delivery baby normal. heheh.
smpai rumah jer, aku trus mandi semayang... Husband yg mmg dah siap2 semayang kat hosp tadi duduk bincang dengan parent aku.. aku dgr sayup2 dari bilik... tp tk pasti kputusan yg nak kena amik lagi.. selang seploh minit pastu husband masuk bilik dan bgtau yg ayah ummi swuh proceed csar. ha?? tkejut aku.. igtkan parent aku lg prefer bsalin normal.. masa tu aku pon dah berbelah bg... ummi kata tak semestinya anak pertama csar, anak seterusnya pon kena csar... ramai jer kawan ummi yg csar dan normal.. oye ker-hehe.. sbb aku igt kalo ank first csar, seterusnya pon kena csar jugak:p so masa tu baru lah tekad... dengan kekuatan Allah bg, husband di sisi... kitorang pon packing barang pg hosp..
Tepat jam 11.45 pm, maka lahirlah puteri kami.. Aqilah Najwa bte Amir Hamzah. Pilihan kami tepat, Alhamdullilah... dr marshita cuma mengambil masa 40 minit nak operate.. masa sesi operation, husband sentiasa di sisi.. pegang tangan erat.. bila baby kluar jer trus doc swuh azan... Alhamdullilah... syukur ya Allah..



hadiah buat isterinya

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150174685549387.318436.572044386
precious moment=)
walau pun rasa letih nowadays, letih bernafas, letih nak berjalan, susah nk tido, susah nak bersila, susah nak semayang normal, susah nak mandi, dan byk lg.. tp igtlah saat2 baby bergerak dalam perut, saat2 suami kucup perut tuk sayang baby, saat2 melihat suami terharu mendengar degupan jantung baby dlm perut.. betapa indahnya saat2 itu dibandingkan dengan kegelisahan sementara ni..
semasa mengandung ni juga lah dpt tgk betapa suami sgt ambil berat, tak bagi isterinya tunduk, angkat barang, cuci baju, cuci pinggan, semuanya suami yang buatkan.. betapa sang suami tu sgt menjaga keluarganya.. lebih sebak mendengar doa2 suami tuk isteri dan anak dalam kandungan ini.. terima kasih suami utk suma cintamu=')
buat keluarga yg tk sabar2 nak dapat ahli keluarga baru.. terima kasih tak terbilang atas doa dari kejauhan.. kalian buat diri kami suami isteri lengkap.. mudahan kita semua bernaung di bawah rahmatnya..
tempoh berpantang?
ikut plan nya, mak mertua aku insyaAllah turun KL jaga aku n cucu ke-5 nya ni semasa berpantang.. and baby sitter adik(saro) aku plak bakal tinggal bersama kami tuk jaga our new family members ni.. hihi. so, buat masa ni tk perlu pk pasal nursery, yeay! Alhamdullilah.. ringan satu beban... even kami skg kena peruntukkan lebih tuk gaji saro.. tp at least tak terlibat dengan cerita2 scary para ibu2 yg hantar anak2 ke nursery yg teruk.. huhu.. aku jadi takut dgr cerita2 nursery yg pukul budak.. gilo tol org zaman skg..
and pada permulaanya dalam tempoh berpantang tu aku akan serahkan bulat2 kat MIL aku and saro, and aku planning amek set bersalin tropical herb dari amway. tp last nite, kawan hubby datang rumah with his family.. amelo n veani (nick name hihi) veani pon cerita la tentang bertangas dan mandi daun sepanjang tempoh berpantang.. OMG.. gila susah ok.. tuk mandi daun kena sediakan 7 jenis daun which is daun serai wangi, daun seduduk, daun jambu air, dan byk daun lagi aku tk igt dah... dan juga kena bertangas pakai kemeyan arab.. aku teringin juga nak buat semua benda tu.. ya la.. keinginan tuk kurus seperti sebelom mengandung memang meruap2.. tapi........... mana la hubby aku nak cari benda2 mcm tu kat KL ni? uwa....
sangat bertuah memiliki kamu:)
baby stuff :)

baby cloth, diapers sume dah cuci =) yeya! dan beg hospital pon dah packing. all in one. satu beg tuk baju mumy and baby. dan sume checklist selitkan dalam beg skali, so kalo ada yg tk sempat beli husband bole refer checklist tu..


to my little one dlm tummy ni :- ibu skg tgh sakit, dan tgh tahan diri dari mkn ubat batuk yg doctor kasi.. be strong ye baby.. ibu tk skip mkn calcium, dha, vitamin.. and ibu dah tk minum ice, air sejuk, kacang, dan mknan yg menyakitkan tekak dah.. ayah plak kasi ibu kumur air garam (cara traditional nak kasi mati bacteria kat tekak kata ayah) mudahan ibu cepat recover.. and baby lg sihat.. amin..
seventh Month =)
He or she now has taste buds and is putting on more layers of fat in anticipation of life outside of your cozy womb. As your baby packs on all this poundage and length, he or she is quickly running out of room and you may notice a decrease in the intensity of kicks and jabs, but you may be able to discern the shape of an elbow or heel through your belly!
- resource by http://www.parentingweekly.com