RSS

Puteri cinta hati ibu dan ayah =)

Hari ini genap 39 hari umur puteri kami Aqilah Najwa. Takder bait2 yang boleh digambarkan betapa bersyukurnya semuanya selamat dan berjalan lancar. Walaupon ada banyak kekangan dan benda2 yang tidak dirancang.. ttp Allah sebaik2 perancang, semua perkara yang terjadi di atur baik olehNya.. dan Alahamdulillah semuanya itu dapat kami suami isteri hadapi bersama..

Hari kelahiran Aqilah betul2 tidak di duga, apa taknya.. menjelang minggu ke-40 mengandung pon aku tak rasa sakit mcm yang kawan2 ceritakan.. so nak dijadikan cerita kami suami isteri pon pg la check kat doctor kami - Dr. Marshita (Pusat Pakar Wanita Medina). Last week masa checkup doc kata baby tak engaged lagi...dan tali pusat bbelit sekali di leher baby.. tp dia nasihatkan supaya bsabar mudahan next week baby engaged dan tali pusat tu loose sendri... Tapi pd hari kejadian, bila doctor scan dan doc seluk kat bawah, baby still tak engaged! dan belitan tali pusat bertambah la plak.. 2 kali lilit :( bila tya solution, doc nasihatkan buat cesarean sbb itu paling mudah tuk baby dan mudah tuk ibu. Tergamam dengar suggestion doc..smpai air mata kuar2..haha. apa taknya, slama ni mmg tak ready pon nak csar. Husband masa tu bg semangat.. swuh proceed suggestion doc.. then dia pon tanya la doc - bila nak operate doctor? doctor jawab - malam ni! hoh.. masa tu husband plak tergamam tak percaya. kalo malam ni sya pon terkejut doctor - husband ckp kat doctor. haha. Dan oleh kerana masa tu kepala tgh mengong, sya sempat lagi request kat doc nak balik semayang istikharah..hahaha. ini pilihan kamu, sya tak mahu kamu sakit 2 kali.. means kena induce tuk lahirkan normal.. tp kalo tk berjaya, kena proceed jugak operate... doctor terangkan kat kami. kami diam. dan minta diri kat doctor balik rumah bincang dgn parent, lepas tu call doctor balik.

dalam kereta aku masih berkeras tanak operate. tanak tanak tanak. Aku ckp ngan hsuband yg aku nak tgu sakit jugak.. lepas tu baru masuk labor room. husband plak call kawan dia - Dr. Shahrin. Doc tu bertugas kat hosp selayang, tp mlm tu dia takder kat hosp. so dia swuh kami check kat doc selayang n minta opinion dari sana plak. So kami pg la hosp selayang.. kat sana ada 5 org doc(aku rasa sorang doc betul, yg lain sume pelatih) sume pon tgk aku kena checkup.. perghh.. mcm aku ni jadik experiment lak...huhu.. tp oleh kerana masa tu aku still degil nak bsalin normal, aku sabarkan jer la... ye la.. hosp kerajaan, nak expect apa kan.. kat sana doc2 just check heart beat baby, and scan pakai scan 2D.. hellooooooo... dr marshita tu pakai 4D ok.. and lastly report yg dorang keluarkan tuk kes aku ni - tak kritikal. tali pusat tidak nampak dlm 2D scan. hoh?! Kuar dari bilik rawatan tu, aku pon pg tmpat menunggu.. jumpa husband.. cerita sume apa dorang buat..teknologi dorang.. dan masa tu aku pon mula berubah pikiran.. tp still ragu2. Kita balik rumah la, tya ayah ummi.. husband ckp. Masa tu dlm pikiran mestilah ayah ummi sokong aku.. delivery baby normal. heheh.

smpai rumah jer, aku trus mandi semayang... Husband yg mmg dah siap2 semayang kat hosp tadi duduk bincang dengan parent aku.. aku dgr sayup2 dari bilik... tp tk pasti kputusan yg nak kena amik lagi.. selang seploh minit pastu husband masuk bilik dan bgtau yg ayah ummi swuh proceed csar. ha?? tkejut aku.. igtkan parent aku lg prefer bsalin normal.. masa tu aku pon dah berbelah bg... ummi kata tak semestinya anak pertama csar, anak seterusnya pon kena csar... ramai jer kawan ummi yg csar dan normal.. oye ker-hehe.. sbb aku igt kalo ank first csar, seterusnya pon kena csar jugak:p so masa tu baru lah tekad... dengan kekuatan Allah bg, husband di sisi... kitorang pon packing barang pg hosp..

Tepat jam 11.45 pm, maka lahirlah puteri kami.. Aqilah Najwa bte Amir Hamzah. Pilihan kami tepat, Alhamdullilah... dr marshita cuma mengambil masa 40 minit nak operate.. masa sesi operation, husband sentiasa di sisi.. pegang tangan erat.. bila baby kluar jer trus doc swuh azan... Alhamdullilah... syukur ya Allah..





0 ulasan:

Post a Comment