RSS

precious moment=)

walau pun rasa letih nowadays, letih bernafas, letih nak berjalan, susah nk tido, susah nak bersila, susah nak semayang normal, susah nak mandi, dan byk lg.. tp igtlah saat2 baby bergerak dalam perut, saat2 suami kucup perut tuk sayang baby, saat2 melihat suami terharu mendengar degupan jantung baby dlm perut.. betapa indahnya saat2 itu dibandingkan dengan kegelisahan sementara ni..

semasa mengandung ni juga lah dpt tgk betapa suami sgt ambil berat, tak bagi isterinya tunduk, angkat barang, cuci baju, cuci pinggan, semuanya suami yang buatkan.. betapa sang suami tu sgt menjaga keluarganya.. lebih sebak mendengar doa2 suami tuk isteri dan anak dalam kandungan ini.. terima kasih suami utk suma cintamu=')

buat keluarga yg tk sabar2 nak dapat ahli keluarga baru.. terima kasih tak terbilang atas doa dari kejauhan.. kalian buat diri kami suami isteri lengkap.. mudahan kita semua bernaung di bawah rahmatnya..

0 ulasan:

Post a Comment