RSS

l o s t

hehe. Tajuk macam lost gila. tapi seyes aku dah lost skg ni. Skg dah February 2010, lagi 4 bulan and 2 minggu lagi majlis aku. And apa yg aku dah prepare ya? memang takder lagi kecuali satu; iaitu kursus kahwin. haha.


Walaupon aku tau tak byk org baca blog aku, cuma kawan2 housemate aku kat Uni ari tu jer, tapi bila aku tulis dlm blog ni at least preparation wedding aku terasa lebih teratur. Kawan2 ku, aku tak nak promote blog ni kat co-wokers, satu sbb aku segan, dua sbb aku segan jugak. hehe. aku ni kan pemalu..ngeh3.


Then when i do a research tru tenet, ya Allah.. ramai to-be-brides di luar sana yg nk kawen lagi setahun dah start macam2 dah. Itu yg wat aku nervous, wat aku lost. ok, skg dah abes bertunang, so tuk wedding apa kena wat first? wawa.


And sebenarnya 2 minggu lepas yany semai -my bestfriend masa skul dulu teman kan pg bridal butik. A ah, of course i will have my kenduri and majlis akad di hometown sabah. Itu yang sangat susah hati kena remote work from kl ni. huhu. And lepas buat research just jumpa 2 butik di KK sabah yang ada branch kat kl ni. Suri Malai Ali and Qaseh Bridal. Saya suka pelamin suri malai ali tu, seyes tapi bl koling2 nk wat appointment rupanya kedai dia kat puchong dah takder dah :( sgt dukacita. So baik lah, kami pon trus cari butik Qaseh bridal.


Masa mula2 masuk kedai, kakak tu tya yany ker pengantin, yany pon malu2 cakap - eh, dia.. (sambil tunjuk aku) haha. Yany, adekah aku tidak nmpak seseorang yg nak berkahwin? ngeh3. Wedding ko nanti yany aku plak teman cari butik bridal yea ;) Then akak tu tya aku - tema apa? tema kaler apa? design baju nk macam ner? design baju nikah macam ner? Pergh... satu soklan pon tak terjawab! Sbb? aku takder plan pon lagi.. plan basa basi dengan en. tunang aku tu adelah. (basa basi = draft kot.. ) So untuk menjawab soklan akak tu, mmg la tak terjawab. Aku pon cakap - erm, sbb tu la saya datang sini kak.. sbb saya tak tau nak mula dari mana. haha. apa punya pengantin daaa.. :p masalah nya kawan2, sampai bila la aku tak tau nak mula dari mana ni.. uhuk2..


So aku pon belek2 la contoh2 baju kat butik tu. And tanya kan pakej dia.. Aku agak suka, Tapi di sebabkan pilihan aku kat KL ni sgt terhad, mmg tak logik aku survey 2 kedai jer trus setuju kan? so aku igt nk minta jasa baik epa adik aku survey kat kk. Erm, last due aku kena buat keputusan tuk pelamin and related is by end of this february! urgh.. ummi ku tolong~




me and yany~ after had a long chit chat wif her, visit akak and yaty at um. besh!



i dare talk about pelamin coz my beloved ummi and ayah dah confirmed booked dewan. Dewan yang bertuah adalah - jeng3! hahaha. Nati kad dah siap aku anounce nama dewan yer. Terima kasih ayah ummi tuk sokongan terawal kalian, anakanda mu ini blom start apa2 lagi. And katering itu aku serah kan seratus peratus kpd ayah dan ummi :) Hari tu before fly back to peninsular, kami anak beranak dah borak2 pasal menu - ayah dah list kan menu2 feveret ayah;) hehe.. (to epa - ko sgt bertuah hari2 dapat crita2 ngan ayah ummi ok, aku ni tru fon jak..aku jeles -.-)


About hantaran; sume barang aku dah siap beli. ngeh2. percaya tak korang, barang2 hantaran tu aku dah ready kan sebelum majlis bertunang ku lagi ;) To Aiza, aku suka la hantaran yg ko tag niza kat fb tu.. eh, ko wat hantaran ker? wawa. kalau iya la kan, and kalo la ko tu tinggal kat sabah mesti aku dah book ko wat hantarn aku..hee..


And to bride2be di luar sana- wish u all the best for ur preparation on ur big day. Sebenarnya aku tak niat pon nak crita tentang aku kat blog2 ni, aku malu la.hehe. satu - sbb kadang2 majlis yg kita idam tak dapat mcm di impikan, so better diam2. Bukan apa, korang dah baca kan blog pasal rumah idaman aku kat rawang tu, seyes aku and amir mmg suka gila rumah tu, sampai orang welding pon kami dah panggil nk swuh wat grill.. tapi.. sob2.. ape kan daya.. si pemaju jahat itu telah memanipulasi dan menipu kami..wuwu. so dengan berat hati sangat.. berat hari yang tersangat2.. kami melepas kan rumah tu :( sudah, jangan cerita tentang itu.


Jadi penutup entry kali ini; lupa kan yang sedih itu, insyaAllah rezeki ada lagi.. Amin :) dan harap aku jadi lebih teratur menjadi wedding planner sendiri :)

5 days cuti2 malaysia at Sabah :)

Usai majlis pertunangan, kami pon mulakan sesi jalan2. Hehe..

Day 1 :Amir and Family pusing2 KK sambil sesat2.

Day 2 :Amir and Family di majlis pertunangan kami :)

Day 3 :Amir and Family jalan2 di Akuaria UMS dan Muzium negeri sabah.



mama, abah, sya

sya


tiada apa perlu di jelaskan



amir yg sangant seronok, nak tiru gaya ikan. haha.



amir ditikam ikan.


amir dengan gaya normal. haha.



aku muka garang.


aku muka lagi garang


mama baca sejarah sabah


abah lagi suka sejarah



my encem ;)


slogan abah - sabah best!!



Day 4

Kundasang Trip. yuuhuuuu!!



gunung kinabalu


ayah tersayang.. bersama keluarga mertua ku.. a.k.a besan ayah.hehe



kinbalu park


:)


apa ayah?



menghayati keindahan alam



tawar menawar harga


sedang kami membeli brang2, ayah ajak abah mkn tarap di kereta. haha.

Day 5

Its time to leave sabah..wuu..


Lunch d Tanjung Aru. Minum avocado! nyummy!
Nota : sebelah amir tu bukan sampah, tapi itu adalah orang yang bergelimpangan. haha.


tq b.. u r my sunshine!! hee.


cuaca sangat cerah, nampak view pulau dari kapal, lawakan.

Memory yang takkan di lupakan.. hee.. skg ni pk nak jejalan mana lagi bulan 6 ni..he..


10.01.10

Jutaan perhargaan buat keluarga ku yg berusaha keras menjayakan majlis pertunangan ku..hehe..formal la plak :) Alhamdullilah semua berjalan lancar, dengan keramahan penduduk kampung sri pandan berjaya menambat hati keluarga mertua ku..hee.. Buat jiran2 yang yg sporting dan membantu memeriah kan majlis, sponsor kek, kueh brongko, muffin, kuih muih lain2, rakam video majlis, aunty2 tlg makeup, sedara mara yg pinjam kan dulang2, katerer kawan ummi(masakan makcik sgt best!!), fotografer boyrock, sangat terima kasih atas sokongan sume :) aku beruntung jadi warga sri pandan!! yeah!! haha.













Alhamdullilah semuanya selesai.. hasil perbincangan tarikh kami di ijab kabul kan 12.06.10. Mudahan semua nya berjalan lancar.. amin..

Diari Rumah - Impian jadi kenyataan.. Alhamdullilah.

Entry kali ini aku dah create lama dulu, tapi baru kali ini aku publishkan.. nak kongsi kegembiraan dan kebahagian ni ngan semua, rasanya aku nak menjerit kesukaan tapi aku kena lah behave myself dan kwal diri ini... syukur Alhamdullilah ke hadratNya kerana memudahkan urusan; menguatkan dan mengental kan hati kami.. untuk Fabula house - Bandar Tasik Puteri :)


21/11/09 Sabtu - Pada hari itu, aku dan Amir pergi ke pameran perumahan dan hartanah - Mid Valley, tak terfikir langsung membeli rumah.. tapi kami hanya nak menambah kan pengetahuan dlm bidang2 tanah ni..




Mula penjelajahan 3.30PM.


Kami menjelajah ke semua booth yg ada di sana. target kami adalah rumah area bangi dan kajang (arah utara). relevan nya adalah kami tak nak terperangkap dalam kesesakan jalan raya tuk pergi ke pejabat. Bukan kata hampir semua tapi semua rumah2 area kajang hanya ada rumah2 banglo yang berharga setengah juta. Oh..mmg mengecewakan. Then kami survey plak rumah2 lain yang dalam kemampuan, dan hasilnya kami short listed kan ada 3 rumah yang menarik dan relevan dengan harganya. Senarai di bawah adalah comparison ringkas terhadap rumah2 shortlisted kami=)



1. Rumah teres 2 tingkat - Project SPNB area Pelabuhan Kelang
2. Apartment Batu Caves, Gombak
3. Rumah teres 2 tingkat - Bandar Tasik Puteri - Rawang



Dengan perbincangan singkat bersama Amir kami decide nak pilih Rawang and berjanji dengan Jessie (agent perumahan tu) tuk berjumpa esok nya di Bandar Tasik Puteri (BTP) tuk melihat sendri rumah.

Penjelajahan Tamat pd pukul 7.30 pm.


Dan ke-esok hari nya kami pon ke kawasan berkenaan. Kami mengukur masa dan jarak daripada Tmn Melati ke BTP. Perjalan mengambil masa lebih kurang sejam setengah dan beza jarak adalah 50KM. Perasaan aku ketika itu? Masih dlam keadaan suka2. hehe.Sampai di office kami di smbut ramah oleh jessie, dia mmg banyak cakap. eheh. Borak2 pasal rumah dan kami pon di bawa ke rumah sebenar, bukan rumah showroom yang dah dekorate2 tu tau.. tapi betul2 rumah yg dah siap tapi kosong. Ada dua jenis rumah yang kami suka daripada pamplet iaitu Fabula dan Ivory. Aku mmg suka gila kat design luaran Ivory- dari luar mmg nampak macam rumah mewah. tapi bila masuk ke dalam- tak seperti Fabula. Walaupon Fabula nampak mcm rumah teres dua tingkat yg biasa, tapi keluasan dalam nya membuat hati truja..hehe. Kat sini aku kepilkan beberapa gambar sebenar rumah2 tersebut.


Ivory


Fabula


Aku dan Amir mmg sgt teruja. Dan kami pon memberikan bayaran booking rumah kepada Jessie disbb kan kami adalah waiting list ke- 5 untuk Fabula sbyk RM100. Malam itu aku mmg tak lena tidur, hehe.. macam tak percaya pon ada.. aku pon tak menyangka kami membuat keputusan sesingkat ini. he.



24/11/09 Rabu - Hari itu aku balik dari office awal atas permintaan Amir, modus operandi nya? Sebab aku and amir nak booking rumah and hantar document2 yg diperlukan tuk beli rumah.. Dalam perjalanan ke carefour (tmpt janji kami ngan agent rumah), amir dah kol2 aku 2 3 kali, tuk memastikan aku tidak lewat smpai.. sesampai aku di sana kami sign surat permohonan loan; dalam 9 pages mcm tu.. selesai itu bayar RM900 tuk cukup kan RM1000 tuk application loan. masa tu rasa teruja sangat.. tak percaya kami serius dalam hal ini, ini bukan hal rm1k, rm2k.. tapi beratus2 ribu.. ohh.. seyes masa tu berdoa mudahan2 application kami tkder masalah. Picture bawah ni tanah lot yang kami apply - Lot 46 Jalan 3/35 :)



08/12/09 Selasa - Amir kol aku and kata ada berita gembira.. guess what? kami dapat rumah tu!!! wahahaha.. masa tu aku la org plg gembira di dunia, igt lagi perasaan masa tu.. :D tapi itu adalah permulaan nya.. lepas kami kira2 semua loan dari bank and brapa deposit kami kena bagi, kami jadi goyah. lebih kurang rm20k.. huhu, byk tu.. so Amir cadang tgk and survey2 dulu rumah area lain; selayang, batu caves, setapak, cheras, bangi, kajang.. aku setuju dan kami plan ujung mgu tu pg menjelajah rumah2.



27/12/09 Sabtu - Lepas buat research kat tenet rumah2 yang nak di jual, kami pon mula kan penjelajahan, walupon sibuk dengan kerja di pejabat dan persiapan tunang, kami tetap kan juga niat tuk survey rumah2 area lain. Letih jgn cakap, ari sabtu tu kami cari rumah area bandar baru bangi and kajang, ada rumah yg suka tapi harga plak tak suka, ada harga suka tapi rumah plak tak suka..huhu. pencarian hari itu agak menghampakan, ke esok hari nya kami menjelajah ke area selayang and batu caves, rumah condo 2 bilik pon paling koman rm200k, huhu.. ini buatkan kami tetap angau kat fabula house! cari punya cari kami jumpa kondo yang murah - rm130K. 2 bilik jugak tapi keluasan 1012sqfit, so kira berbaloi jugak, sbb luas kan.. masa itu kami pon berbelah bagi... amir kata better amek cheras daripada hari2 kena travel kat rawang.. wuwu, aku plak mmg susah nak lepas kan rumah fabula tu.. cinta pandang pertama la katakan.. hehe. Banyak kelebihan sebenarnya kondo cheras tu, tuk pengetahuan jarak dari kondo tu pg bukit bintang 5KM jer! mmg sangat dekat ngan KL. Tapi ntah ler, aku just tk suka environment kat sana.. Plus kondo kat cheras tu, bila kira2 balik deposit lebih kurang sama dengan rumah kat rawang.. huuu.. so kami dah kira tolak duit simpanan, boleh la cukup2 simpanan byar deposit..


Malam itu kami kena decide nak amek rumah rawang ker tak.. sbb developer dah push hari2 status kami.. mmg tertekan sangat kala itu, tuhan jer la tahu.. at the end, kami pon bulat kan hati.. tuk ambil rumah tu!!!! hehe.. alhamdullilah.. so skg offer letter dari bank dah kuar and kami pon accept sume. Bank and pemaju kata dalam tempoh 3 bulan dapat kunci lepas bank dah settle ngan pemaju.



02/01/10 Sabtu - Semalam kami pg Bandar Tasik Puteri lagi.. hehe, melawat rumah kami ;p Amir trus jumpa ngan orang welding tu.. minta dia wat draft quatation tuk grill satu rumah.. sangat excited :D layan gambar2 kami yg sgt excited!

Gerbang Depan Bandar Tasik Puteri





depan rumah kami! :)



Living Room



Living Room dari tangga




Tanah kat blakang rumah



Amir orang yang paling teruja!




aku sangat suka :)



:)



Antara kemudahan yang ada.



Alhamdullilah, syukur pada Allah yang maha memberi.. mudahan perjalanan hidup diberkati dan di rahmati, Amin.. Tahun 2010 ni tahun cabaran bermula, akan bertunang mgu dpan dan akan berkahwin bulan 6 ni.. beli rumah, stabil kan kerja, dan kena kerja lagi tekun dan kuat.. Lillahi Taala.. mudahan niat aku ni tak lari.. Kepada rumah ku Fabula bernombor 46, nanti kan kehadiran kami!!! hehehe..