RSS

suka suka

tiba2 berangan mahu suasana kahwin seperti di delicious, marc residents {gambar ditangkap ketika kami ada event di sana} ;


mana la aku nak cari pokok itu dan aku boleh warnakan jadi putih ya..haha.


me and yany kat depan Delicious.. fariha tgkp gmbar.

oke itu sahaja; saya hanya berangan lebih.hehe

cinta.kasih.sayang

tajuk pergh jiwang nk mampus..hehe. sebenarnya nak cerita pasal cinta kasih dan sayang ni la.. pada hari ini seperti biasa aku kerja sangat bz (mmg tkder words lain selain bz okeh) dan si cinta kasih sayang ku ini iaitu tunang ku - encik amir; dia tiba2 sms aku pada pukul 5.27pm kata dia eksiden and luka teruk. oleh kerana aku yang terlmpau byk issue2 kerja yg perlu di settle kan aku agak lewat balas sms dia tuk tya kabar eksiden tu.
di jadikan cerita lepas aku reply sms dia jawab balik - kakak yg langgar dia tuh dah bawa pg klinik dan belanja dia makan skali. hurmm (masa tu aku tarik nafas panjang tuk legakan diri sendri) so aku pon sedaya upaya setle kerja aku apa termampu dan balik awal tuk lawat amir. Masa tu memang aku tanak kalut2 sangat so dalam pukul 7.30pm aku kemas laptop and balik tinggalkan sume tmasuk kerja yg tk pernah abes tu.
So sampai kat flat amir aku dengan sabar tunggu kat keta tanpa kol dia pon (sebab aku tahu dia eksiden, so aku tanak dia rush2 turun bawah) tunggu dlm 5 minit aku nmpak kelibat dia dengan jalan tempang; ya Allah.. sian nya la tunang aku ni.. (aku rasa bersalah yang amat!) so aku kalo dah rasa bersalah kaku jer la, tkleh bebel banyak sbb dah buat salah. So aku pon drive pg kedai makan berhampiran sambil dalam perjalanan amir pon cerita kejadian yang berlaku.. huhuhu... masa tu aku tak expect boleh jadi smpai mcm tu.. :(
Sesampai kat kedai makan, keluar kereta and amir tolong aku angkat beg laptop DAN TIBA TIBA dia berjalan seperti biasa; eh eh, betul ker eksiden ni? aku pon pelik -.-
huhuhu.. rupanya2 cerita tadi itu hanya rekaan semata2 okeh! dia saja nak tipu sunat kt aku sbb nak tarik perhatian aku.. ya Allah.. boleh pulak macam tuh????? (aku sangat geram wahai encik tunang!!!)
so skang, memang dah pasti saya Nurlailah khadijah awaluddin lebih mementingkan awak wahai Amir Hamzah daripada kerja saya... puas?
hahahaha.. memang aku akan igt smpai bila2.. huhuhu

cerita hari ahad pulak

okeh, entry facial herbaline adalah cerita hari sabtu. pada hari ahad pulak aku pg la kerja, dan tiba2 boss bawa muffin sangat comel tuk sume orang pada hari itu yg dtg kerja. haaai... aku pon nak muffin comel ini masa wedding aku.. mana nak cari ek..

facial herbaline

sabtu baru ni aktiviti adalah kerja dan aku meyempat kan diri pg facial dengan amir, bukan nak bgtau orang aku pg facial la.. tapi nak rekemen kat korang2 yang mmg tmpat ni sangat best!

tak dapat nak tgkap gmbar sbb kat dlm facial spa tu lampu sangat la malap.. ala2 romantik la konon.. so camera aku ni mmg tk nampak apa2. hehe. actually adik aku ipa yang rekemen product ni.. mmg bagus product dia tp aku tk pakai.. pg facial jer la.. he.detail pasal facial as below;

  • product : herbaline
  • tempat : depan sunway pyramid
  • promotion : first customer akan dapat basic facial yang normal price rm77, after promo price rm28.
  • package include : foot bath, herba aromaterapi (dia swuh kita sedut herba), remove dead skin (pakai alat canggih yang menyilukan telinga), kasi muka wap panas, remove black head and white heat, picit2 pimples kalo ada, massage leher bahu tangan (mmg best smpai aku tertido!) , eye mask, and at the end dapat fish spa (ikan dia sangat besar, mmg ready nk mkn kaki manusia)
  • Duration : 2 jam

okeh, if interested bole la tya direct..bubye

matta fair hari itu~

owh.. sabtu lepas matta fair aku kerja.. tapi sebab aku smgt nak pg matta fair pkol 3 dah balik opis ajak amir pg sana.. dan hasil kami bersesak2 dgn orang ramai yang macam lautan itu, kami dapat package star cruise dengan harga yang berbaloi2...hehe..


gambar gembira selepas dapat tahu kami akan naik star cruise


muka nmpk sgt penat..sbb ramai sgt org..huhu. oke, nanti bulan 10 aku update gmbar kat cruise plak.. hehe.

mari update blog

setelah sekian lama baru lah dapat update blog ni.. bersawang dan berlabah2 dah pon. Pasal kahwin? progress yang tersangat perlahan seperti siput.. mls nak pikir pon ada.. sbb kerja yang sangat menggunung itu yang memerlukan aku lebih fikir lebih banyak wat masa fikir pasal kahwin jadi terhad.. warghh... apa la aku ni.. (sekarang tgh memujuk diri untuk tulis update kahwin.. sila la tulis ela..) owh.. baik, hari ni aku nak list sume balik check list aku supaya aku jadi bersemangat kalo byk yang takder progress.. bersemangat!



Persiapan perkahwinan untuk kenduri Laila [12.06.2010] :-


  1. Tiket kapal terbang Amir dan keluarga Amir ke KK - DONE
  2. Tiket kapal terbang Laila ke KK - DONE
  3. Penginapan keluarga Amir di KK - DONE
  4. Pengangkutan keluarga Amir di KK - DONE
  5. Tempahan Kad undangan perkahwinan - IN PROGRESS
  6. Souvenir/door gift jemputan undangan - IN PROGRESS
  7. Hantaran daripada Amir kepada Laila - DONE
  8. Hantaran daripada Laila kepada Amir - DONE
  9. Deco Hantaran kedua2 belah pihak - IN PROGRESS
  10. Sepersalinan baju nikah untuk Laila dan Amir - DONE
  11. Majlis makan2 untuk hari kenduri- katering, dewan, PA System, etc.. - DONE
  12. Pelamin dan sepasang baju sanding, aksesori, make up, etc.. - IN PROGRESS
  13. Baju tema keluarga pengantin lelaki dan perempuan - IN PROGRESS
  14. Photography 3 sesi - majlis nikah, sanding dan outdoor (1 hari) - DONE




Persiapan untuk perkahwinan untuk kenduri Amir [11.07.2010] :-


  1. Tiket kapal terbang keluarga Laila ke Penang - DONE
  2. Penginapan keluarga Laila di Penang - DONE
  3. Pengangkutan keluarga Laila di Penang - DONE
  4. Tempahan Kad undangan perkahwinan - DONE
  5. Souvenir/door gift jemputan undangan - DONE
  6. Majlis makan2 untuk hari kenduri- katering, etc.. - DONE
  7. Deco dan sepasang baju kahwin, aksesori, make up, etc.. - DONE
  8. Photography - IN PROGRESS



Senarai Dokumen;


  1. Surat Akuan bujang Amir daripada company - IN PROGRESS
  2. Surat Akuan bujang Laila daripada company -NOT STARTED
  3. Surat kebenaran nikah luar daerah (Amir) - IN PROGRESS
  4. Surat kebenaran nikah luar daerah (Laila) - NOT STARTED
  5. HIV Test Amir - DONE
  6. HIV Test Laila - DONE
  7. Sijil Kursus Kahwin Amir - DONE
  8. Sijil Kursus Kahwin Laila - DONE


Okie, skg dah tau dah apa yang tak settle lagi.. hehe.. kan senang.. tkyah serabut2 pk ingat lupa then lupa balik.. huhu. baik lah, masa untuk tido. gud nite~