RSS

Mungkin Nanti,

Umur sudah pun 23 (bulan Nov ni 24),hehe. Semakin banyak komitmen yang harus di fikir, aku jadi pening.haha. bajet kahwin, tukar kereta, rumah.. memang memerlukan perbelanjaan yang sangat banyak. Hari ini aku pertama kali aku membeli majalah pengantin. Dulu masa Kak Sheera (ex-Room mate aku) beli majalah tu aku tak baca pon jenis2 majalah macam tu, tiba2 hari ni aku terbeli sebab aku tak tahu nak mula daripada mana.haha. ya la, tak ada tempat rujukan kakak dan abang. Maklum lah, anak sulung. Aku Cuma nak perkahwinan sederhana, dengan bajet sederhana tapi nampak comel. Tak mengapalah kalau tak nampak mewah, tapi yang penting nampak simple and sweet ;)

Majalah yang aku baru beli ni memang memuaskan hati, semua yang aku harapkan ada panduan dan petua untuk orang2 yang lost macam aku. Even check list pun dia ada sediakan sebagai panduan. Sebenarnya aku memang ada buku wedding planner sendiri, hehe. Sebelum ni aku Cuma senarai pendek barang2 hantaran yang perlu ada dan perlu di beli. Dalam buku wedding planner aku ni dah bermacam aku conteng, buku ini di ibaratkan coretan impian aku.haha. apa tidak nya, even design interior rumah aku pon ada dalam tu ;)

Hari ini,

Ramadhan sudah kembali, rasa baru sahaja ramadhan lepas ku rasa. Cepatnya masa berlalu kan? Weekend baru ni aku dan Amir pergi ke pusat membeli belah terkenal Sogo, hik2. memang sangat menguji kesabaran shopping masa puasa. Amir teman kan aku 3 jam untuk mencari kasut dan dia berusaha merekemen pelbagai kasut kepada aku tetapi seperti biasa, aku balik tanpa membeli apa2. Kesian Amir, semua kasut yang dia berkenan aku tak berkenan, dan yang paling peliknya, punya la banyak gila kasut dalam sogo tu satu pon aku tak suka? Aku rasa aku bermasalah! Kalau macam ni baik aku bukak kilang kasut, aku bole design kasut aku sendiri, baru puas hati,hehe.

Minggu weekend tu jugak kami pergi ke garaj kereta, saja tengok2 Amir kata. Disebab kan kereta aku kereta proton tempatan, kami cuba usha2 dan intai kereta2 import. Dan satu pilihan Amir adalah Ford Focus. Sebenarnya aku sendiri kagum bila masuk ke dalam kereta, kereta auto yang bole tukar jadi manual, air cond di tempat duduk penumpang belakang, design interior ala BMW (kata penjual keta la), aku pon tak tau mcm mana nak describe. Yang pasti Amir memang balik angau dengan kereta tu.haha. sebenarnya aku pon sangat suka kereta tu, tapi memandangkan priority sekarang adalah kahwin, so aku cuba pujuk dia. Dan Alhamdullilah, dia bagi response positive. Mungkin insyaAllah lepas kahwin ada rezeki kami boleh miliki kereta idaman dia ;) dan aku nak mention kat sini juga, aku sangat sayang kat kereta BLM aku! Wa… jangan pisahkan aku dan kereta ku~ hehe.





Hari ini aku dan amir berbuka puasa di area Flat Langkawi 2. Seperti selalu kami menjelajah dahulu ke bazaar Ramadhan untuk membeli sedikit kuih muih. Menu hari ini adalah; Martabak (aku rindukan martabak jawa sabah!), ikan kari, daging masak merah, sayur ubi, kepak ayam panggang.. memang sangat kenyang, aku makan sekali untuk sahur, hik2.. so aku bangun sahur esok pagi bancuh milo jer, insyaAllah bole tahan sampai petang. Layan gambar2 sebelum buka puasa~

Wedding Aishah

Pengalaman yang memamg panjang, perancangan yang lama. Proses perancangan daripada bulan satu smpai la bulan 7. seramai 17 orang ahli rombongan aku bawa ke sabah untuk menghadirkan diri ke Wedding Aishah. Ramai tak ramai tapi ini la pertama kali aku bawa rombongan sebesar itu.

Kami sampai KK pada jumaat malam, sebaik sampai aku and ipa hantar kawan2 yang lain ke hotel mereka – Tune Hotel. Cerita pasal hotel, hotel tu memang best and murah, so kalo travel budget memang rekemen hotel Tune. Ke esok hari nya, awal pagi kami menjemput mereka di hotel and sarapan. Makanan Sabah berlainan daripada semenanjung, kesian jugak tengok dorang yang tak masuk dengan makanan sabah. Hehe. Lepas breakfast kami terus ke Jeti untuk membeli tiket ke Pulau Manukan, ia dikenali sebagai Tunku Abdul Rahman (TAR) Marine. Perjalanan yang mengambil masa selama 40 minit itu memang sungguh mencabar, menaiki speed boat rasa seperti naik roller coster. Ada kawan2 yang pening2 dan mual, haha. Harga bot 2 way –RM 13.





Sampai sahaja di pulau, Cuma ikan kecik yang dapat ku lihat dari atas permukaan air, memang ini bukan pulau terbaik untuk melihat ikan, tapi sekadar untuk bawa kawan2 jalan sekita KK memang ini tempat yang selalu pelancong kunjungi.

Balik daripada pulau, dorang semua bershopping di Pasar Philippine. Aku yang Cuma menemankan mereka pon terbeli juga keronsang.hehe. ke esok hari nya misi KK à Kundasang à KB pon bermula. Mulanya aku rasa kami tak mampu buat round macam tu, tapi memandangkan ipa drebar hebat aku memang tabik spring dengan dia. Seawal 6.30 pagi aku and ipa bergerak dari rumah ke Tune Hotel.


Kami bergerak dari Hotel pukul 7.45 pagi dan sampai di Kundasang seawal 8.30 pagi. Alhamdullilah perjalanan semua baik, tapi yang menduka citakan sepanjang perjalanan itu gunung Kinabalu langsung tidak kelihatan disebabkan awal tebal yang menutupi nya. Puncak gunung yang seolah2 malu dengan kehadiran kami langsung tidak kelihatan. Rasa sangat kecewa kerana kawan2 yang nak tengok gunung Kinabalu secara live tak dapat pon tengok. Di kundasang kami berkesempatan ke Strawberry Garden, makan ice cream strawberry yang hand made, minum juice strawberry hand made. Best!







Tepat jam 11.40 pagi dari Kinabalu park kami bergerak ke Kota Belud (KB). Perjalanan mengambil masa sejam.. dan jalan yang dilalui simpang siur sambil menuruni bukit. Di pertengahan jalan pulak tiba2 aku dan ipa terbau break hangus, perasaan masa tu memang sangat gusar, tak dapat dibayangkan. Tapi kami terus meneruskan perjalanan dan Alhamdullilah, kami sampai di rumah pengantin tepat pada masanya. Layan gambar wedding Aishah ;)

Hari itu,

Birthday Amir pada 6 July lepas, aku harapkan dia happy pada hari special dia tu. Sebenarnya aku pon tak tau nak bagi present special apa kekasih ati ku itu. At the end aku hadiahkan dia seutas jam tangan seperti yang dia idamkan. Hehe, agak susah juga aku cari jam yang dia suka, tapi akhirnya aku jumpa jugak jam tu semasa beli kipas angin dengan kak Mar. yang kelakarnya kak Mar ingat aku nak beli jam untuk hantaran Amir, rupanya untuk birthday boy ni la..hehe. Lepas bagi Amir jam tu, dia suka sangat.. aku happy tengok dia happy.. best! Kek Amir plak kami makan dulu and baru tersedar yang kami tak amek gambar pon..huhu (nampak sangat kami lapar)



Sekian Lama,

Hari ini tiba tiba rasa terdetik untuk menulis. Lama sangat aku tinggalkan blog, cuba bayangkan last update since April 2009, sekarang bulan sudah pun menganjak ke Ogos. Hehe..buat nija2 and Kak Pit, now I am come back J

Tiba tiba rasa nak share cerita masa Annual Dinner Accenture, event tu terjadi pada 21 July 09. Cuba bayangkan, kalau di beri tema Magic Musical apa yang korang dapat bayangkan? Huhu, aku pon tak dapat bayangkan nak pakai apa.. mungkin cinderella, snow white. Masa tu aku tk ambik kisah pon nk pakai baju apa. Tapi lepas melihat kawan2 aku yang lain agak beria juga mencari kostum yang sesuai di pakai pada malam itu, aku terpaksa la mencari kostum sendiri..hehe. Selepas membuat perancangan dengan Amir, kami mengambil keputusan meninjau2 kostum di Kostum World- Wisma Central, itu pon lepas pergi ke Wedding Farah. Erm.. cerita pasal wedding Farah, wedding dia sangat best. Farah nampak sangat cantik pada hari itu, baju kahwin yang di pakai memang sesuai sangat dengan Farah. Acara makan secara hidang, so tetamu tak payah nak gerak/beratur mengambil makanan. Door gift pulak Farah sediakan jem strawberry yang cute kepada setiap tetamu dia. Layan gambar wedding farah, credit to manager Faz yang spread picture ni ;)



Balik daripada wedding Farah, aku and Amir direct ke Wisma Central. Lepas jumpa kedai aku punya la rambang mata, tak tau aku nak pilih tema apa.hehe. Apa tidak nya, semua watak kat dalam kedai tu ada, pirate of Caribean, snow white, cinderella, draculla, mickey mouse, minnie mouse, huhu..terlalu banyak sampai aku pon keliru. Amir pula berusaha memujuk aku memakai kostum kimono, hehe.. he is very supportive.. tq b, tapi aku tak dapat terima pakai kimono, mungkin sebab aku fikirkan faktor tubuh ku yang kecik ini. Takut baju tu menenggelamkan aku, hehe. So pencarian pada hari itu menduka cita kan, kami balik dengan tangan kosong dan kepenatan.

Tapi aku tak berhenti di situ, esok hari nya aku balik daripada pejabat awal dan mengajak Amir ke Times Square. Sampai di sana, kesemua kedai hampir tutup! Sungguh la pasrah, kami pon meninjau2 kedai yang masih buka, sampai satu kedai yang nampak dari luar sangat biasa, Amir mengajak ku masuk dan pencarian ku terhenti disitu apabila nampak sehelai baju comel. Baju yang seperti gaun pendek paras lutut itu memang menarik perhatian, aku bukan nya mencari baju seksi dan anggun, cuma perlukan baju yang simple and sweet, hehe. Amir kata aku bole pakai kostum tu untuk tema Hansel and Gratel, hehe. So aku pon beli la baju tu J yey!

Masa hari dinner tu, sebaik saja aku sampai kawan2 semua kata aku macam Alice and the wonderland(ikut tema dia so jadi la mcm dia), hehe. Happy sangat, tapi yang tak best aku tak dapat lucky draw. Kat bawah ni gambar2 yang di ambil masa dinner tu, thks to Kak Sue for the pic ;)








Minggu sebelum nya adik aku epa datang KL. Maklumlah, cuti sekolah..so dia pon datang sini nak round satu KL. Sepuluh hari dia kat sini, sepuluh shopping complex dia jelajah.haha. Layan picture aku and adik2 aku.hoho.