RSS

Sekian Lama,

Hari ini tiba tiba rasa terdetik untuk menulis. Lama sangat aku tinggalkan blog, cuba bayangkan last update since April 2009, sekarang bulan sudah pun menganjak ke Ogos. Hehe..buat nija2 and Kak Pit, now I am come back J

Tiba tiba rasa nak share cerita masa Annual Dinner Accenture, event tu terjadi pada 21 July 09. Cuba bayangkan, kalau di beri tema Magic Musical apa yang korang dapat bayangkan? Huhu, aku pon tak dapat bayangkan nak pakai apa.. mungkin cinderella, snow white. Masa tu aku tk ambik kisah pon nk pakai baju apa. Tapi lepas melihat kawan2 aku yang lain agak beria juga mencari kostum yang sesuai di pakai pada malam itu, aku terpaksa la mencari kostum sendiri..hehe. Selepas membuat perancangan dengan Amir, kami mengambil keputusan meninjau2 kostum di Kostum World- Wisma Central, itu pon lepas pergi ke Wedding Farah. Erm.. cerita pasal wedding Farah, wedding dia sangat best. Farah nampak sangat cantik pada hari itu, baju kahwin yang di pakai memang sesuai sangat dengan Farah. Acara makan secara hidang, so tetamu tak payah nak gerak/beratur mengambil makanan. Door gift pulak Farah sediakan jem strawberry yang cute kepada setiap tetamu dia. Layan gambar wedding farah, credit to manager Faz yang spread picture ni ;)



Balik daripada wedding Farah, aku and Amir direct ke Wisma Central. Lepas jumpa kedai aku punya la rambang mata, tak tau aku nak pilih tema apa.hehe. Apa tidak nya, semua watak kat dalam kedai tu ada, pirate of Caribean, snow white, cinderella, draculla, mickey mouse, minnie mouse, huhu..terlalu banyak sampai aku pon keliru. Amir pula berusaha memujuk aku memakai kostum kimono, hehe.. he is very supportive.. tq b, tapi aku tak dapat terima pakai kimono, mungkin sebab aku fikirkan faktor tubuh ku yang kecik ini. Takut baju tu menenggelamkan aku, hehe. So pencarian pada hari itu menduka cita kan, kami balik dengan tangan kosong dan kepenatan.

Tapi aku tak berhenti di situ, esok hari nya aku balik daripada pejabat awal dan mengajak Amir ke Times Square. Sampai di sana, kesemua kedai hampir tutup! Sungguh la pasrah, kami pon meninjau2 kedai yang masih buka, sampai satu kedai yang nampak dari luar sangat biasa, Amir mengajak ku masuk dan pencarian ku terhenti disitu apabila nampak sehelai baju comel. Baju yang seperti gaun pendek paras lutut itu memang menarik perhatian, aku bukan nya mencari baju seksi dan anggun, cuma perlukan baju yang simple and sweet, hehe. Amir kata aku bole pakai kostum tu untuk tema Hansel and Gratel, hehe. So aku pon beli la baju tu J yey!

Masa hari dinner tu, sebaik saja aku sampai kawan2 semua kata aku macam Alice and the wonderland(ikut tema dia so jadi la mcm dia), hehe. Happy sangat, tapi yang tak best aku tak dapat lucky draw. Kat bawah ni gambar2 yang di ambil masa dinner tu, thks to Kak Sue for the pic ;)








Minggu sebelum nya adik aku epa datang KL. Maklumlah, cuti sekolah..so dia pon datang sini nak round satu KL. Sepuluh hari dia kat sini, sepuluh shopping complex dia jelajah.haha. Layan picture aku and adik2 aku.hoho.


1 ulasan:

kayrel said...

elaq, baju tu mmg comey laa.. hehehe.. aku pun bekenan

Post a Comment