RSS

Hari ini,

Ramadhan sudah kembali, rasa baru sahaja ramadhan lepas ku rasa. Cepatnya masa berlalu kan? Weekend baru ni aku dan Amir pergi ke pusat membeli belah terkenal Sogo, hik2. memang sangat menguji kesabaran shopping masa puasa. Amir teman kan aku 3 jam untuk mencari kasut dan dia berusaha merekemen pelbagai kasut kepada aku tetapi seperti biasa, aku balik tanpa membeli apa2. Kesian Amir, semua kasut yang dia berkenan aku tak berkenan, dan yang paling peliknya, punya la banyak gila kasut dalam sogo tu satu pon aku tak suka? Aku rasa aku bermasalah! Kalau macam ni baik aku bukak kilang kasut, aku bole design kasut aku sendiri, baru puas hati,hehe.

Minggu weekend tu jugak kami pergi ke garaj kereta, saja tengok2 Amir kata. Disebab kan kereta aku kereta proton tempatan, kami cuba usha2 dan intai kereta2 import. Dan satu pilihan Amir adalah Ford Focus. Sebenarnya aku sendiri kagum bila masuk ke dalam kereta, kereta auto yang bole tukar jadi manual, air cond di tempat duduk penumpang belakang, design interior ala BMW (kata penjual keta la), aku pon tak tau mcm mana nak describe. Yang pasti Amir memang balik angau dengan kereta tu.haha. sebenarnya aku pon sangat suka kereta tu, tapi memandangkan priority sekarang adalah kahwin, so aku cuba pujuk dia. Dan Alhamdullilah, dia bagi response positive. Mungkin insyaAllah lepas kahwin ada rezeki kami boleh miliki kereta idaman dia ;) dan aku nak mention kat sini juga, aku sangat sayang kat kereta BLM aku! Wa… jangan pisahkan aku dan kereta ku~ hehe.





Hari ini aku dan amir berbuka puasa di area Flat Langkawi 2. Seperti selalu kami menjelajah dahulu ke bazaar Ramadhan untuk membeli sedikit kuih muih. Menu hari ini adalah; Martabak (aku rindukan martabak jawa sabah!), ikan kari, daging masak merah, sayur ubi, kepak ayam panggang.. memang sangat kenyang, aku makan sekali untuk sahur, hik2.. so aku bangun sahur esok pagi bancuh milo jer, insyaAllah bole tahan sampai petang. Layan gambar2 sebelum buka puasa~

0 ulasan:

Post a Comment