Kami sampai KK pada jumaat malam, sebaik sampai aku and ipa hantar kawan2 yang lain ke hotel mereka – Tune Hotel. Cerita pasal hotel, hotel tu memang best and murah, so kalo travel budget memang rekemen hotel Tune. Ke esok hari nya, awal pagi kami menjemput mereka di hotel and sarapan. Makanan Sabah berlainan daripada semenanjung, kesian jugak tengok dorang yang tak masuk dengan makanan sabah. Hehe. Lepas breakfast kami terus ke Jeti untuk membeli tiket ke Pulau Manukan, ia dikenali sebagai Tunku Abdul Rahman (TAR) Marine. Perjalanan yang mengambil masa selama 40 minit itu memang sungguh mencabar, menaiki speed boat rasa seperti naik roller coster. Ada kawan2 yang pening2 dan mual, haha. Harga bot 2 way –RM 13.
Sampai sahaja di pulau, Cuma ikan kecik yang dapat ku lihat dari atas permukaan air, memang ini bukan pulau terbaik untuk melihat ikan, tapi sekadar untuk bawa kawan2 jalan sekita KK memang ini tempat yang selalu pelancong kunjungi.
Balik daripada pulau, dorang semua bershopping di Pasar Philippine. Aku yang Cuma menemankan mereka pon terbeli juga keronsang.hehe. ke esok hari nya misi KK à Kundasang à KB pon bermula. Mulanya aku rasa kami tak mampu buat round macam tu, tapi memandangkan ipa drebar hebat aku memang tabik spring dengan dia. Seawal 6.30 pagi aku and ipa bergerak dari rumah ke Tune Hotel.
Kami bergerak dari Hotel pukul 7.45 pagi dan sampai di Kundasang seawal 8.30 pagi. Alhamdullilah perjalanan semua baik, tapi yang menduka citakan sepanjang perjalanan itu gunung Kinabalu langsung tidak kelihatan disebabkan awal tebal yang menutupi nya. Puncak gunung yang seolah2 malu dengan kehadiran kami langsung tidak kelihatan. Rasa sangat kecewa kerana kawan2 yang nak tengok gunung Kinabalu secara live tak dapat pon tengok. Di kundasang kami berkesempatan ke Strawberry Garden, makan ice cream strawberry yang hand made, minum juice strawberry hand made. Best!
Tepat jam 11.40 pagi dari Kinabalu park kami bergerak ke Kota Belud (KB). Perjalanan mengambil masa sejam.. dan jalan yang dilalui simpang siur sambil menuruni bukit. Di pertengahan jalan pulak tiba2 aku dan ipa terbau break hangus, perasaan masa tu memang sangat gusar, tak dapat dibayangkan. Tapi kami terus meneruskan perjalanan dan Alhamdullilah, kami sampai di rumah pengantin tepat pada masanya. Layan gambar wedding Aishah ;)
0 ulasan:
Post a Comment