RSS

kerja oh kerja

ini la kerja aku.. lagi 2 minggu go-live hopefully sumenya success~





menu dinner : kepak ayam grill

suami : b, mlm ni kita masak ayam grill nak?
isteri : nak! apa kata kita beli kepak ayam jer semua?
suami : baik syg.. nanti balik abg beli ek, ada apa2 lagi nak kirim?
isteri : sos lada hitam, aluminium foil..itu jer..
suami : ok yang..


kemudian setelah sampai di rumah, suami pon menyerahkan brg2 tadi dan si isteri pon memerap ayam untuk di panggang.

setelah sejam;

isteri : b, dah boleh masukan ayam dalam oven..
suami : ok yang..

si suami pon membantu wrapping ayam2 tadi dlm aluminium foil tuk di masukkan dlm oven..seminit selepas itu ;

Suami : b... brand diamond ni bukan aluminium foil la.. ini plastik wrapping lauk..
isteri : lor.... mcm ner bole tak baca ni yang.. adui laa laki aku ni... takper la yang, mlm ni masak ayam goreng jer la b...
suami : aishh.. mcm ner bole salah beli ni.. aduih... takper la b, abg kuar beli ek..

hehehe.. so husband aku pon pg kuar beli lg skali.. kepak ayam grill punya pasal...

so di ingatkan skali lagi, walaupon brand sama.. tapi product berlainan oke.. sila lihat description dengan teliti:p

the making of ayam kepak grill - oven ni sungguh canggih, rasa ayam juicy dan lembut..nyumy!
kuar dari oven.. perghh.. menjilat jari.. ala2 kenny rogers gitu.. hik3
sedia tuk di makan~~

besok aku nak masak ape plak dlm oven ni ek.. hihihi.. o yer, btw resepi ayam ni aku dapat dari {sini}. opss, tbe2 blog aku ni cerita masak2 plak.. hahaha.. it's all about life, so this part of my life;)

okay, daa~~ jumpa entry lain ya...


i am back!

hihi, last post september 2010, skg ni dah december 2o10.. mmg berhabuk bersawang blog ni.. banyak sgt terjadi smpaikan buka laptop kat rumah mmg tak sempat la.. anyway skg ni memang super duper bz.. tak tipu o0oo0.. dengan new life status skg.. nak balance life, nak maintain kerja..

so skg ni tktau nak crita dari mana, sbb byk sangat la terjadi.. hihi. first of all, nak congrats tuk adik aku ipa yang bertunang masa raya haji baru ni.. tuk pengetahuan aku n husband yang tolong buat 2 3 dulang hantaran, hehe.. berbakat rupanya husband aku ni.. masa kami kawin ari tu dia tak cakap pon nak gubah hantaran dia, masa adik aku tunang ni plak baru dia nak tunjuk bakat:p

masa balik kampung raya haji tu juga, aku and husband jadi sukarelawan majlis korban. hehe, aku and husband telah menyandang ajk pendaftaran :p jgn tak tahu, susah juga jadi ajk pendaftaran, haha.

slain daripada tu aku dah lupa igtan dah apa yang berlaku..hihi.. tu la lama sangat tak jenguk blog, ini lah akibatnya.. huhu. even kat fb pon skg mmg jarang bukak..ish3..

and last week kitorang pg parents expo :D syiok! tahun depan bole pg lagi..hehehee.

move to next step

within last few months, kami (ai and husbd) tak boring cari info pasal rumah, hartanah, project perumahan, dan sewaktu dengannya. and at the end kami jumpa satu rumah yang kami berkenan dan harga pon still dalam budget.

then setelah tekad, kami pon jumpa la dengan owner rumah tuk tgk2 rumah and nego2 harga. kali ini kami betul2 kena study before sign apa2 agreement, taknak dah mengulangi kesilapan sama masa nak beli rumah kat Bandar Tasik Permaisuri ari tu (entry ini)

Kali ni rumah yg kami berkenan kat Bandar Saujana Putra.. just let the picture talking!





ini kat show house.. kat rumah yang nak dibeli tu lupa amek plak:p




uhuk.. ada duit lebey bole buat mcm ni yang? amir kata- bole. yeay!


urusan pasal rumah ni still in progress, byk nak kena buat sendri since ini rumah ni bukan dari pemaju.. owner dia cikgu, dia tk duk sini sbb dia ngajar kat kajang dengan husbd dia skali..thats y dia nak jual balik rumah ni even tak pernah duduk pon.. itu background history pasal rumah tu la.. hehe.. so apa2 mudahan semua urusan berjalan lancar..husbd pon skg excited dah cari2 contractor nak extend dapur tu nanti..hehe..nanti kalo ada update pasal rumah lg will be post here soon~~


wala~~~ suka hati hari2~~~






ramadhan hampir melabuhkan tirai

sedar tak sedar tinggal beberapa hari lagi raya kan? seyes tak sedar! so tahun pertama beraya duduk rumah sendiri byk benda nak pk.. bekas kuih la, pinggan mangkuk, cawan, uishh.. byk lg la.. tp Alhamdullilah.. tq kat kawan2/sedara mara/sahabat handai yg kasik hadiah macam2 masa wedding hari tu... so tkyah pk macam2 sbb sume dah ada..tinggal aku n husbd nak punggah kluar dari stor jer..hik3. yang terpaling best kawan2 yang hadiahkan voucher jusco, ikea.. voucher2 itu mmg sgt berjasa di saat2 ini..hehe.
ramadhan tahun ni betul2 lain dari ramadhan sebelum2 ni.. first ramadhan jadik isteri kan :') sebelum ni kalo puasa kat rumah sewa, mmg tak bgun sahur la.. sanggup sahur siap2 tgh malam sbb mls bgun awal pagi.. huhu. then kalo puasa kat rumah di KK pon.. setiap kali bagun sahur pkol 4.30, mesti semua lauk pauk, nasi, air panas dah ready kat atas meja.. Ummi tak pernah pon kasi bangun suruh anak sulong dia ni masak.. wuuu... terharu..syahdu.. (tb2 rindu ummi n ayah, sob3) then tahun ni betul2 mengajar aku ttg kehidupan, tanggungjwab.. so post mortem sepanjang ramadhan 2010;


Sahur

  • Bangun pkol 4.30am (ekceli 4.15am sbb amir kasik laju jam loceng)
  • masak2 15 - 30 minit
  • Bersahur bersama suami pkol 5am
  • Lepas mkn2 tgk tv smpai pkol 5.30am
  • kluarkan bahan mentah tuk sungkai dari fridge so ptg karang tinggal masak2 jer.
  • then tido balik set jam pkol 6.30am


working hour

  • spatutnya company aku masuk keja pkol 9am.. tp aku smpai opis pkol 8am. (masa tu aku sorang jer smpai org len tkder..fuiyooo)
  • balik pkol 6pm.. aku orang terpaling awal balik.. colleague2 muslim yg lain adalah workoholic dan berbuka pose di opis:D

Sungkai

  • Smpai rumah pkol 6.45pm trus pg dapur.
  • Bhan mentah yg dah tkder ice trus boleh dimasak mengikut menu pada hari itu..hehehe. masak2 tuk sungkai ni husbd panggil 'kitchen imposible', sbb kena masak dalam masa 30 minit jer tp mesti sedap. and slalunya kitchen imposible berjaya! hehe.


so overall husbd kasik 100% markah dgn pencapaian tahun pertama (eh eh brapa b?).. walaupon ada ter miss sahur 3 kali sbb jam tk bunyi.. huhu.

and sepanjang ramadhan terasa bermakna bersama insan tersayang ;) nak2 lagi insan tersayang tu slalu masakan mknan sedap2 dan yg penting unik seperti;


sos tomato nasi arab

lauk sampingan acar


dan ini dia watak utama... tada... nasi arab daging kabsah.. special from cheff amir~~

hehe.. lain2 masakan tak sempat snap gmbar sbb laju jer kitorang snap mkn :p
Ramadhan kali ini tarasa sungguh bermakna.. Thks Allah.. atas segala kurniaan mu.. Akan ku nanti ramadhan depan:')

seketika kembali lagi

hi blog! hehe.. setelah sekian lama baru ada masa tgk blog ni.. dulu2 before kawen byk jer masa lepas balik opis.. skg ni ada husbd baik bergelak tawa ngan husbd lagi berpahala.. ngeh3.

Btw, kepada Hana yg tanya soklan2 pasal vendor kawen2.. sya dh bg semua info tu kat fb.. harap wedding berjalan lancar.. and slmat pengantin baru~~ (bila tu wedding u? tlupa..hik3.)

so life after marriage mmg sgt seronok.. tkleh gambarkan dgn kata2 la.. ;) tiap kali jumpa kawan lama mesti tanya - kawen mcm ner? best tak? huu... itu la soklan yg betul2 aku tktau nk jawab mcm ner.. sbb jawapan dia panjang.. perlukan 3 bulan tuk menghuraikanya.. hik2. so kalo dapat soklan mcm tu aku just bg jawapan generic - BEST! walaupon jawapan tu tak memenuhi kehendak.. takkan la aku nak jawab - BEST kuasa 10000. over la plak.huhuhu.

yang penting sgt beruntung dan bersyukur sbb ditemukan jodoh dgn encik suami yg suka melayan sya seperti puteri... uuuUuu T.T (terharu beb). terima kasih ya Allah dengan rahmat dan nikmat yg di berikan..

unofficial wedding photo =)



















































Alhamdullilah, settle dah majlis di kk.. tima kaseh byk tuk family, friends, jiran tetangga, etc.. yg byk sgt membantu..














D Dusun

Setelah berhempas pulas mempacking barang aku yang sangat banyak tu, aku pon hantar kat rumah amir. jam menunjukkan pukul 2 petang and perut pon dah bunyi.


amir : jom makan kat putrajaya hari ini

ela : okay

amir : hari tu lepas kami main paintball singgah satu tmpat mkn baru, dia masak best! nama tempat dia Dara!

ela : erk?? dara? ok.. bole la b.. jom pg, nak on gps tak?

amir : bole juga, search alamanda


dengan patuh aku pon ikut arahan pilot. search for alamanda. then kereta pon mula berjalan ikut arahan suara sexy dari phone. lepas masuk jalan ni kuar jalan tu, salah jalan la pulak.. then u turn balik.. -.-



-------------selepas setengah jam------------------


ela : nak kol sape nii tya jalan?

amir : OB.


then amir pon koling2 la OB tya jalan..




-------------selepas sejam----------------



amir : kita mkn kat mana2 la.. jumpa kedai mamak pon mamak la..

ela : erm.. okay.. bosan la kedai mamak.. kalo ada kedai melayu ok lg..

amir : ye la.. abg lupa la arah mana.. mmg dah area2 ni dah.

ela : -.-


tiba2 amir brek;


amir : ha.. ini la tempat dia..

ela : yey!!! akhirnya.... (aku menjerit kesukkaan) owh.. kalo dia cuma bukak malam macam ner??

amir : memang pasrah la.. hahaha.. sambil gelak yakin yang kedai tu bukak siang.



kereta pon di parking di depan kedai dan..

ela : eh, nama dia D Dusun la. hahaha. mcm ner la jadik Dara b..
amir : alamaakkk... dia tutup la... (sambil mendail nombor OB. )


lepas cakap2 ngan OB, OB mmg mengesahkan kedai tu bukak pkol 6.. uhuhuhu..


sabar jer la.. ini la kedai yg kami nk pg tu.. depan ni ada kolam.. so orang boleh mancing2 then masak.. nanti kita pg yer yang.. uhuhu

hantaran - tutup buku!

yeay! aku tk payah pening2 cari orang lagi tuk gubahan hantaran aku, sbb secara officially aku dah hire adik aku iema.. hahaha (gelak jahat)
so semalam (sabtu) aku, iema and amir pg ke masjid jamek tuk beli bahan2 gubahan dan bunga telur. tuk pengetahuan aku beli bunga telur kat depan ariani; dengan offer yang sangat berbaloi2 - buy 1 free 1. alhamdullilah, kat situ dah bole jimat. so aku amek 2 kotak bunga telur (each box contained 50 bunga telur) and dapat free 2 kotak lagi. so total ada 200 batang dengan harga separuh! Cheese!! hehe.. ekceli ummi aku yang cari tempat tu.. i luv u mom!
tapi tlupa plak aku nak amek gmbar.. sbb henpon nokia ni gambar tak lawa. tk setanding ngan sony ericsson..huhu. becoz the best part adalah - selepas kami membeli brang2 then pg la makan kat kg baru.. amir bawa satu tmpt yg best, nama tempat dia Chop N Steak. hehe.. disebabkan iema nak balik kampung selasa ni so kena la cari kotak nak packing sume barang2 kawen ni so dia tkyah la susah2 kan.. lepas makan then kami pon tinjau2 supermarket2 jalanan.. mmg susah nak cari kotak kat kl nih! tiba2.. eh, ada kotak banyak pakcik basikal tu bawak! amir kata.. dan secara automatiknya dia pon parking kat tepi jalan sebab nak beli kotak dari pakcik tuh.. lepas parking then dia and iema kuar tgk kotak, aku duduk jer dalam keta sambil gelak. aku rasa pakcik tu kata dalam hati >>> orang macam ini pon ada kah? hahaha. (aku gelak sorang2 sbb amir comel pd masa itu) thks b.. sbb suka buat saya ketawa!
this tuesday iema akan bawa barang2 gubahan hantaran aku balik sabah.. 21 mei ni aku balik bawa sume barang hantaran plak :) so checklist barang2 hantaran i can consider - settle!

mari berlumba..sape menang?



Mari berlumba siapa dulu settle kan list to do:-





Persiapan perkahwinan untuk kenduri Laila [12.06.2010] :-



  1. Tiket kapal terbang Amir dan keluarga Amir ke KK - DONE

  2. Tiket kapal terbang Laila ke KK - DONE

  3. Penginapan keluarga Amir di KK - DONE

  4. Pengangkutan keluarga Amir di KK - DONE

  5. Tempahan Kad undangan perkahwinan - DONE

  6. Souvenir/door gift jemputan undangan - DONE

  7. Hantaran daripada Amir kepada Laila - DONE

  8. Hantaran daripada Laila kepada Amir - DONE

  9. Deco Hantaran kedua2 belah pihak - IN PROGRESS (aku dah try carik....koling2 butik tu tapi dia tak angkat...aduhh..susah tol berurusan jarak jauh ni.. :( )

  10. Sepersalinan baju nikah untuk Laila dan Amir - DONE

  11. Majlis makan2 untuk hari kenduri- katering, PA System, etc.. - DONE

  12. Pelamin dan sepasang baju sanding, aksesori, make up, etc.. - IN PROGRESS (sama kes ngan item #9 :( )

  13. Baju tema keluarga pengantin perempuan - DONE

  14. Photography 3 sesi - majlis nikah, sanding dan outdoor (1 hari) - DONE

Persiapan untuk perkahwinan untuk kenduri Amir [11.07.2010] :-



  1. Tiket kapal terbang keluarga Laila ke Penang - DONE

  2. Penginapan keluarga Laila di Penang - DONE

  3. Pengangkutan keluarga Laila di Penang - DONE

  4. Tempahan Kad undangan perkahwinan - DONE

  5. Souvenir/door gift jemputan undangan - DONE

  6. Majlis makan2 untuk hari kenduri- katering, etc.. - DONE

  7. Deco dan sepasang baju kahwin, aksesori, make up, etc.. - DONE



Senarai Dokumen;



  1. Surat Akuan bujang Amir daripada company - DONE

  2. Surat Akuan bujang Laila daripada company -IN PROGRESS (oleh kerana aku keja kat international company, HR department ada kat australia, so kena email and amek masa seminggu tuk urusan2 macam ni.. huu )

  3. Surat kebenaran nikah luar daerah (Amir) - DONE

  4. Surat kebenaran nikah luar daerah (Laila) - IN PROGRESS (ini aku betul2 dapat settle bulan 5 nanti.. aku balik rumah skali before my big day..)

  5. HIV Test Amir - DONE

  6. HIV Test Laila - DONE

  7. Sijil Kursus Kahwin Amir - DONE

  8. Sijil Kursus Kahwin Laila - DONE

Semua yang BOLD adalah yang tak DONE lagi.. semua itu di sandang oleh nama ku..uhuhu. so pemenangnya adalah.................. Amir!!! well done syg! hehehe...





moving into new house~

haha. bukan aku, tapi amir.. aku plak excited :p

minggu lepas parent aku transit dari medan balik KK, so aku and ima jumpa ayah and ummi di lcct; sempat la melepaskan rindu pada ayah and ummi.. lama tak jumpa, last jumpa lepas balik bertunang tu (10.01.2010). then kami borak anak beranak smpai flight ke kk nak terbang.. and aku smpat tgkap gmbar ngan ayah ummi..hehe {nota:ayah sakit mata takleh tgk flash camera :( }




lepas dari epot aku trus mengheret ima pg rumah baru amir..haha. smpai rumah ima siap cop bilik dia lagi.. ada ker patut dia cop master room? hahaha.. amir and kawan2 punggah barang masuk kerumah, and aku tk sempat pon tolong dia.. so sorry yer.. lihat tunangku, dia tgh cat lantai bilik tidur pakai aclyrist tuk mengilatkan lantai; tabah kan:)



then lepas aku memantau2 rumah kami; kami pon decide mencari2 makan mlm.. and tiba2 ima ternampak sale perabot.. secara automatic amir pon drive masuk ke kedai; aku tak terasa pon nak beli perabot lagi.. tapi takper la, kita tgk2 jer dlu yer b.. - aku kata kat amir. pusing2, tgk2, and lastly tanya2 harga.. tup2 amir minta aku decide nak amek yang mana..hahaha.. u are really unpredictable sayang.. and aku pon pilih la yang berkenan..sangat la hepi sbb dia nak aku yg pilih tuk perabot rumah kami :) baby jgn mnyesal yer swuh ayg pilih *wink2* tq sayang.. hehe.. gmbar di bawah amir tgh buat payment.



and also aku and ima. ima, comel la ko tutup mata.ngeh2. seyes!




selesai payment and deal sume ngan kedai perabot itu, ipa pon hantar mms doorgift aku yang ummi beli kat medan.. berupa magnet peti ice dan juga pemotong kuku yang ada love...sangat sweet.. terima kasih ummi ayah!



progress kawin ok, tapi aku tak settle lagi pelamin!! adush! and juga maritial status from my employer lagi blom dapat..hurm..
ok, da~~ wink2!



suka suka

tiba2 berangan mahu suasana kahwin seperti di delicious, marc residents {gambar ditangkap ketika kami ada event di sana} ;


mana la aku nak cari pokok itu dan aku boleh warnakan jadi putih ya..haha.


me and yany kat depan Delicious.. fariha tgkp gmbar.

oke itu sahaja; saya hanya berangan lebih.hehe

cinta.kasih.sayang

tajuk pergh jiwang nk mampus..hehe. sebenarnya nak cerita pasal cinta kasih dan sayang ni la.. pada hari ini seperti biasa aku kerja sangat bz (mmg tkder words lain selain bz okeh) dan si cinta kasih sayang ku ini iaitu tunang ku - encik amir; dia tiba2 sms aku pada pukul 5.27pm kata dia eksiden and luka teruk. oleh kerana aku yang terlmpau byk issue2 kerja yg perlu di settle kan aku agak lewat balas sms dia tuk tya kabar eksiden tu.
di jadikan cerita lepas aku reply sms dia jawab balik - kakak yg langgar dia tuh dah bawa pg klinik dan belanja dia makan skali. hurmm (masa tu aku tarik nafas panjang tuk legakan diri sendri) so aku pon sedaya upaya setle kerja aku apa termampu dan balik awal tuk lawat amir. Masa tu memang aku tanak kalut2 sangat so dalam pukul 7.30pm aku kemas laptop and balik tinggalkan sume tmasuk kerja yg tk pernah abes tu.
So sampai kat flat amir aku dengan sabar tunggu kat keta tanpa kol dia pon (sebab aku tahu dia eksiden, so aku tanak dia rush2 turun bawah) tunggu dlm 5 minit aku nmpak kelibat dia dengan jalan tempang; ya Allah.. sian nya la tunang aku ni.. (aku rasa bersalah yang amat!) so aku kalo dah rasa bersalah kaku jer la, tkleh bebel banyak sbb dah buat salah. So aku pon drive pg kedai makan berhampiran sambil dalam perjalanan amir pon cerita kejadian yang berlaku.. huhuhu... masa tu aku tak expect boleh jadi smpai mcm tu.. :(
Sesampai kat kedai makan, keluar kereta and amir tolong aku angkat beg laptop DAN TIBA TIBA dia berjalan seperti biasa; eh eh, betul ker eksiden ni? aku pon pelik -.-
huhuhu.. rupanya2 cerita tadi itu hanya rekaan semata2 okeh! dia saja nak tipu sunat kt aku sbb nak tarik perhatian aku.. ya Allah.. boleh pulak macam tuh????? (aku sangat geram wahai encik tunang!!!)
so skang, memang dah pasti saya Nurlailah khadijah awaluddin lebih mementingkan awak wahai Amir Hamzah daripada kerja saya... puas?
hahahaha.. memang aku akan igt smpai bila2.. huhuhu

cerita hari ahad pulak

okeh, entry facial herbaline adalah cerita hari sabtu. pada hari ahad pulak aku pg la kerja, dan tiba2 boss bawa muffin sangat comel tuk sume orang pada hari itu yg dtg kerja. haaai... aku pon nak muffin comel ini masa wedding aku.. mana nak cari ek..

facial herbaline

sabtu baru ni aktiviti adalah kerja dan aku meyempat kan diri pg facial dengan amir, bukan nak bgtau orang aku pg facial la.. tapi nak rekemen kat korang2 yang mmg tmpat ni sangat best!

tak dapat nak tgkap gmbar sbb kat dlm facial spa tu lampu sangat la malap.. ala2 romantik la konon.. so camera aku ni mmg tk nampak apa2. hehe. actually adik aku ipa yang rekemen product ni.. mmg bagus product dia tp aku tk pakai.. pg facial jer la.. he.detail pasal facial as below;

  • product : herbaline
  • tempat : depan sunway pyramid
  • promotion : first customer akan dapat basic facial yang normal price rm77, after promo price rm28.
  • package include : foot bath, herba aromaterapi (dia swuh kita sedut herba), remove dead skin (pakai alat canggih yang menyilukan telinga), kasi muka wap panas, remove black head and white heat, picit2 pimples kalo ada, massage leher bahu tangan (mmg best smpai aku tertido!) , eye mask, and at the end dapat fish spa (ikan dia sangat besar, mmg ready nk mkn kaki manusia)
  • Duration : 2 jam

okeh, if interested bole la tya direct..bubye

matta fair hari itu~

owh.. sabtu lepas matta fair aku kerja.. tapi sebab aku smgt nak pg matta fair pkol 3 dah balik opis ajak amir pg sana.. dan hasil kami bersesak2 dgn orang ramai yang macam lautan itu, kami dapat package star cruise dengan harga yang berbaloi2...hehe..


gambar gembira selepas dapat tahu kami akan naik star cruise


muka nmpk sgt penat..sbb ramai sgt org..huhu. oke, nanti bulan 10 aku update gmbar kat cruise plak.. hehe.

mari update blog

setelah sekian lama baru lah dapat update blog ni.. bersawang dan berlabah2 dah pon. Pasal kahwin? progress yang tersangat perlahan seperti siput.. mls nak pikir pon ada.. sbb kerja yang sangat menggunung itu yang memerlukan aku lebih fikir lebih banyak wat masa fikir pasal kahwin jadi terhad.. warghh... apa la aku ni.. (sekarang tgh memujuk diri untuk tulis update kahwin.. sila la tulis ela..) owh.. baik, hari ni aku nak list sume balik check list aku supaya aku jadi bersemangat kalo byk yang takder progress.. bersemangat!



Persiapan perkahwinan untuk kenduri Laila [12.06.2010] :-


  1. Tiket kapal terbang Amir dan keluarga Amir ke KK - DONE
  2. Tiket kapal terbang Laila ke KK - DONE
  3. Penginapan keluarga Amir di KK - DONE
  4. Pengangkutan keluarga Amir di KK - DONE
  5. Tempahan Kad undangan perkahwinan - IN PROGRESS
  6. Souvenir/door gift jemputan undangan - IN PROGRESS
  7. Hantaran daripada Amir kepada Laila - DONE
  8. Hantaran daripada Laila kepada Amir - DONE
  9. Deco Hantaran kedua2 belah pihak - IN PROGRESS
  10. Sepersalinan baju nikah untuk Laila dan Amir - DONE
  11. Majlis makan2 untuk hari kenduri- katering, dewan, PA System, etc.. - DONE
  12. Pelamin dan sepasang baju sanding, aksesori, make up, etc.. - IN PROGRESS
  13. Baju tema keluarga pengantin lelaki dan perempuan - IN PROGRESS
  14. Photography 3 sesi - majlis nikah, sanding dan outdoor (1 hari) - DONE




Persiapan untuk perkahwinan untuk kenduri Amir [11.07.2010] :-


  1. Tiket kapal terbang keluarga Laila ke Penang - DONE
  2. Penginapan keluarga Laila di Penang - DONE
  3. Pengangkutan keluarga Laila di Penang - DONE
  4. Tempahan Kad undangan perkahwinan - DONE
  5. Souvenir/door gift jemputan undangan - DONE
  6. Majlis makan2 untuk hari kenduri- katering, etc.. - DONE
  7. Deco dan sepasang baju kahwin, aksesori, make up, etc.. - DONE
  8. Photography - IN PROGRESS



Senarai Dokumen;


  1. Surat Akuan bujang Amir daripada company - IN PROGRESS
  2. Surat Akuan bujang Laila daripada company -NOT STARTED
  3. Surat kebenaran nikah luar daerah (Amir) - IN PROGRESS
  4. Surat kebenaran nikah luar daerah (Laila) - NOT STARTED
  5. HIV Test Amir - DONE
  6. HIV Test Laila - DONE
  7. Sijil Kursus Kahwin Amir - DONE
  8. Sijil Kursus Kahwin Laila - DONE


Okie, skg dah tau dah apa yang tak settle lagi.. hehe.. kan senang.. tkyah serabut2 pk ingat lupa then lupa balik.. huhu. baik lah, masa untuk tido. gud nite~

No more Bandar Tasik Puteri :| just rent a cute apartment at Puchong :)



Kawan2, ari tu aku dah terlanjur cerita pasal rumah yg di idam kan. unfortunetely kami dah tolak rumah tu sbb pemaju tu cuba menipu kami :( Then last saturday amir and aku pg tgk satu rumah sewa kat puchong.Rumah tu just nice, memang tak besar, tapi cukup2 la memuat kan aku and bakal suami..hehe. InsyaAllah Amir akan masuk rumah tu bulan march, and after our nikah kami akan tinggal sana.
Actually owner rumah tu boss amir - Mr. Tan. Dia sangat baek ok dan sgt consider orangnya. Maintenance fee and bill air dia tanggung, then nati dia swuh orang cuci rumah, so kami masuk and bawa barang jer ;)
Pemandangan luar balcony



Amir and Mr Tan bincang2. sila abai kan debu kat tiles yg 10 inch itu.


aku dapat tools ni dari tenet, exciting! then aku pon wat floor plan.


kawasan bawah rumah.
So kpd adik ku ima, nanti bulan 6 aku akan rajen2 amek ko di hostel and bwa rumah jadi orang gaji a.. haha.
p/s - aku memain ja la ima.


First present to our baby? haha.



Last week Amir and aku membeli belah barang2 elektrik, tq hunny.. Tp bukan nk cerita pasal tu,hehe. Lepas dah bertungkus lumus get the best price after compare among carefour, jusco and courts mammoth, kami pon pilih la carefour. Then lepas berjaya membeli barang2 dikehendaki, akak sales tu pon minta kami tunggu kejap coz dia nak amek hadiah tuk kami.Ok, fine..so kami pon tgu la. selang beberapa minit akak tu datang bawa kotak and dia cakap - ni hadiah kamu, termos tuk makanan bayi. wah! mkanan bayi?? hahaha. hi my baby, here mama got a present for you~ hahaha.

wish to be there also~

Kepada :-

1) Rahmezana & Pijo (akan melangsungkan perkahwinan pada 6.6.2010 dan 12.6.2010)

2) Abim & Pasangan (akan melangsungkan perkahwinan pada 12.6.2010)

3) Noy & Helmi (akan melangsungkan perkahwinan pada 12.6.2010)

Oleh kerana tarikh big day kita clash, saya dan amir dengan dukacitanya memaklumkan kepada kwan2 yg berkenaan yang kami tak dapat menghadiri majlis anda :( Btw, wish the best on ur wedding day, may Allah bless us.Amin.

hello Melaka~

After have a long journey to Amir's fren wedding, we directly shoot to Melaka - honestly i never been there before, it is my first time.hehe. So we act like crazy ppl and jakun- haha.layan the picture.


Amir say hi to nakhoda kapal


Kapal Samudera


ce ce ce



tiring



aku seperti ibu2 membwa anak2 berjalan





best! Nanti nak pg lagi.. hehe



Selamat Pengantin Baru

Congratulation Wunan for ur wedding, becoz of that i have a chance convoy together with NSR Malaysia club(even i didn’t convoy with motorbike ;p). It was great and awesome!


Congrates Unan. Congrates meggots jadik pengapit!

Amir tetap gembira walaupon tak ride moto hari itu ;p

aku seperti ibu2. huhu


Lelong2 Moto NSR.. satu rm2.. haha.


Ini dia pemain bola sepak negara beraksi.


1 2 3 lompat~