RSS

oh. aku rasa nak sakit.

Pejam Celik dah 01 December. Ari tu aku rasa majlis Bertunang aku lama lagi.Aduh, skg ni rasa tak sempat plak. So apa perlu aku wat skg? So aku aku repeat semula entry persiapan Tunang. Dan, aku tak plan langsung aku nak hias bilik, sbb aku igt aku nak kuar, tapi mgikut adat, tunangan perempuan kena duduk dalam bilik tak boleh bagi Kaum adam tgk.. itu relevan nya kat sana. Erm, so very last minute aku decide hias bilik.. hias bilik?? oh no... mkn byk budget jugak tu :(

- Hantaran Laila Kepada Amir : Barang2 dah complete, belum start Deco - IN PROGRESS
- Hantaran Amir kepada Laila : Barang2 dah complete, Belum start Deco - IN PROGRESS
- Baju bertunang : Baju dah siap, tapi belum ambil kat butik lagi dan try - IN PROGRESS
- Makanan Kenduri : Ummi settle kan - DONE
- Hiasan Bilik : Remote work from KL-KK - IN PROGRESS
- Fotografi freelance : Belum confirm lagi - IN PROGRESS
- Penginapan Amir dan keluarga - DONE
- Pengangkutan Amir dan keluarga - DONE
- Tiket penerbangan (return) Amir dan keluarga - DONE


Dan ini Jadual sepanjang December sebelum majlis berlangsung.

Hujung mgu pertama Dec
5 Dec 09

- Ambil Baju Tunang kat Era Butik
- Testing Baju Tunang (Harap ok so tak payah bg balik alter)
- Selepas amek baju pg kedai bunga kat Plaza Idaman beli bunga biru tuk hantaran Amir.
- Ambil playar kat tempat Amir tuk potong bunga


6 Dec 09
- Mula bekerja siapkan hantaran Laila kepada Amir
- Tgkap gmbar pemprocessan dan hasil hantaran dan send kepada ipa untuk di komen.


Hujung mgu kedua Dec
12 Dec 09
- Amek ukuran bilik kat sabah (itu akan di lakukan oleh ipa)
- Beli kain ela untuk bidai kepala katil.
- Cari cadar putih satin di carefour Ampang. (aku nampak ari tu dia jual lelong RM50! )
- Beli tudung di Ariani yg match dengan baju tunang


13 Dec 09

- Sambung kerja2 hantaran (aku percaya sehari tak cukup tuk siapkan semua sebab on the same day mesti la aku kena masak, kemas rumah, etc..)
- Mula bekerja siapkan hantaran Laila kepada Amir
- Tgkap gmbar pemprocessan dan hasil hantaran dan send kepada ipa untuk di komen.


Hujung mgu ketiga Dec
19 Dec 09
- Demo Hiasan bilik kat bilik sewa aku (naseb bek bilik sewa pakai katil king)
- Tangkap gambar dan tunjuk kepada ipa.
- Ipa kena pasang langsir kuning ke kriman kat bilik sabah.
- Ipa kena kemas bilik.

20 Dec 09
- Mula kan kerja2 penyiapan hantaran Amir kepada Laila
- Tgkap gmbar pemprocessan dan hasil hantaran dan send kepada Amir untuk di komen.


Hujung mgu ke-empat Dec
26 Dec 09
- Demo make up kat rumah
- Tgkap gambar tuk melihat hasil nya
- Confirm Bayaran deposit tuk Fotogrpher sambilan yg ipa rekemen.

27 Dec 09
- Mula kan kerja2 penyiapan hantaran Amir kepada Laila (sambung dari mgu lepas)
- Tgkap gmbar pemprocessan dan hasil hantaran dan send kepada Amir untuk di komen.


Hujung mgu pertama Jan (3 Jan 10 & 4 Jan 10)
- Packing Barang hantaran masuk Kotak
- Packing Persalinan baju, aksesori, makeup dalam beg
- Siapkan semua baju2 yg perlu di KK dan list down perkara aku kena settle kat KK (ini satu list lagi aku kena wat!)

Oh. Masa sgt tight. Tak bole drag dah. Mudahan semua ok. Amin

1 ulasan:

Anonymous said...

mak ai...byknye kn wat...xpe cik laila...juz do it simple...don get stuck with planner...juz do it and get ur beloved hubby to help u..im sure,he'll glad to help u...-nitesoul

Post a Comment